Ada banyak cara-cara untuk kita memuridkan orang lain.
Artikel ini membentangkan salah satu cara yang boleh diambil perhatian.
Mari kita bincang di ruang komen yang di bawah 👇🏻 dengan pendapat anda semua ..
Banyak pemimpin-pemimpin berbicara samada gereja harus menggunakan “kaedah tarikan” atau “kaedah misi” dalam cara kita menginjili atau memuridkan orang lain. Kepada mereka yang menggunakan “kaedah tarikan” mereka melaburkan banyak tenaga mereka untuk mendorong orang yang belum percaya untuk menyertai ibadah dan aktiviti gereja. Kepada mereka yang cenderung kepada “kaedah misi” akan mengatakan bahawa ibadah mingguan adalah untuk orang yang percaya dan penginjilan haruslah berlaku dengan mengutus orang yang percaya pergi ke komuniti yang belum percaya.
Apabila kita melihat cara Yesus melakukan pemuridan, Yesus menggunakan kedua-dua caranya, iaitu “Marilah ke sisi ku” dan “Pergi muridkan semua bangsa”. Untuk mereka yang belum percaya, Yesus menyatakan “Marilah” dan untuk mereka yang percaya, “Pergilah”.
Proses pemuridan Yesus bermula daripada “come and see” (mari dan lihat) kepada “Go and tell” (Pergi dan beritahu). Dan mungkin ke satu lagi tahap “Go and die” (Pergi dan berkorban).
Mari sama-sama kita apa yang Yesus lakukan di dalam 3.5 tahun.
Mari Dan Lihat
Selepas Yesus dibaptiskan, Andreas dan Yohanes bertanya kepada Yesus di manakah Yesus tinggal? Yesus menjawab dengan perkataan berikut “Marilah lihat” (Yohanes 1:39). (Come and see).
Andreas dan Yohanes belum lagi perlu untuk “mati atau berkorban” untuk Yesus (belum lagi). Yesus hanya menjemput ke dua-dua murid tersebut untuk mengambil langkah pertama bersama dengan Yesus. Satu perhubungan dengan Yesus Kristus. Mereka tidak perlu berkorban apa-apa.
Yesus memang mengasihi kita dan kita bermula di mana kita berada. Tetapi, Yesus juga mengasihi kita lebih daripada itu, untuk hanya membiarkan kita berada di tempat awal. Yesus mahu juga kita bertumbuh dan di dalam 3.5 tahun, Yesus memuridkan mereka untuk mengubah fokus daripada memandang hanya kepada diri sendiri kepada memandang kepada orang lain. Yesus secara segaja (intentional) melatih dan memuridkan murid-muridNya untuk melakukan itu.
Pergi Dan Beritahu
Walaupun Yesus bermula daripada tahap komitmen yang paling rendah, iaitu “Marilah lihat”, Yesus tidak mahu mereka berada di tahap itu sahaja. Yesus secara sengaja meninggikan tahap komitmen sedikit demi sedikit.
Matius 4:19 Yesus berkata kepada mereka, "Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan."
Selepas Yesus memanggil mereka “marilah lihat”, Yesus mula dengan memberikan mereka tahap komitmen yang lebih tinggi.
Ada satu ketika, Yesus berkata kepada orang ramai di dalam Yohanes 6:53 Yesus berkata kepada mereka, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika kamu tidak makan tubuh Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup dalam dirimu.”
Mereka belum lagi faham apakah maknanya perjamuan suci dan belum lagi mengambil bahagian di dalam melakukan itu. Bayangkan.
Dan juga di dalam Yohanes 8:31-32 Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, "Kalau kamu mengikut ajaran-Ku, kamu murid-Ku yang sejati. Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu."
Ini seperti Yesus meningkatkan lagi tahap daripada hanya “marilah lihat” (come and see). Yesus menambah dan menambahkan definisi sebagai seorang murid di dalam masa 3.5 tahun. Dan setiap kali, intensitinya bertambah.
Apabila Yesus semakin dekat kepada masa untuk Dia mengorbankan dirinya di atas salib, Dia berkata di dalam Matius 16:24 (AVB) Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku.”
Apabila Yesus menyatakan ini, seolah-olah Yesus menyatakan “mari dan berkorban” (come and sacrifice).
Dan proses ini di akhiri dengan Amanat Agung
Matius 28:18-20 (AVB) 18 Yesus datang dan berkata kepada mereka, "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19 Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 20 Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.”
Tetapi, berita baiknya, ialah kita akan diberikan kuasa untuk melakukan itu.
Lukas 24:48-49 Kamulah saksi segala perkara ini. Dan Aku akan mengurniakan pemberian yang dijanjikan Bapa-Ku kepadamu. Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diperlengkap dengan kuasa dari tempat tinggi.
Dan kita tahu di dalam KPR 1:8 (AVB) Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.
Semua murid Yesus, Petrus, Andreas, Tomas, Filip, Matius, Yakobus, Simon, Bartolomeus dan sebagainya, mati di dalam pelayanan mereka.
Marilah kita memuridkan dengan kaedah Yesus Kristus. Kita bermula di mana murid kita berada dan menggerakkan mereka untuk memenuhi panggilan Tuhan di dalam hidup mereka …. Daripada “Come and See” kepada “Go and Tell” kepada “Go and Die”
Shalom.
Amen. Kita sama sama belajar dan mendorong satu sama lain. Inilah tujuannya kita bersatu di dalam Komuniti Tuhan. Tuhan memberkati.
hallelujah, suatu topik yang sangat menarik untuk kita sama-sama bincangkan demi menguatkan di antara satu dengan yang lain. semuanya harus belajar daripada Yesus dahulu. Yesus pernah berkata, menyuruh kita belajar daripada-nya, sebagaimana disebutkan di dalam Matius 11:29. jadi, bersedialah belajar peringkat demi peringkat sehinggalah kita disytiharkan selesai dalam menjalankan peranan kita, yang harus bermula dengan “datanglah dan lihatlah.”