Apabila kita berbincang tentang gerakan penanaman gereja atau jemaah, kita tidak boleh mengabaikan penelitian kita tentang buku Alkitab Kisah Para Rasul. Buku ini, apabila kita meneliti dengan lebih dalam, adalah lebih sesuai jika ia dinamakan kisah pekerjaan Roh Kudus melalui rasul-rasul.
Mari kita meneliti ayat-ayat berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan jemaah.
Yesus menyatakan kepada mereka di dalam KPR 1:8
Kisah Para Rasul 1:8 (AVB) Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.
Yesus menyatakan kepada mereka bahawa mereka akan menerima kuasa apabila Roh Kudus turun ke atas mereka dan akan menjadi saksi Yesus di mana-mana.
Yohanes 14:12 (AVB) Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang Kulakukan, malah pekerjaan lebih besar lagi, kerana Aku pergi kepada Bapa.
Yesus menyatakan bahawa murid Nya akan melakukan perkerjaan-pekerjaan Tuhan yang lebih besar. Ini akan mencabar kefahaman kita tentang apa yang dapat kita lakukan kerana kita semua orang yang serba kekurangan.
Tetapi, jika kita menyatukan kenyataan di dalam KPR 1:18 dan Yohanes 14:12, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa pekerjaan Tuhan yang luar biasa di dalam pertumbuhan jemaah hanya akan dapat dilakukan dengan gerakan Roh Kudus !
Mari kita teliti ayat-ayat di dalam Kisah Para Rasul
KPR 2:41 (AVB) Kemudian semua orang yang menerima kata-katanya dengan rela hati dibaptiskan; pada hari itu bilangan mereka bertambah kira-kira tiga ribu orang.
KPR 2:47 (AVB) sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan.
KPR 4:4 (AVB) Namun demikian, ramai orang yang telah mendengar apa yang diajarkan itu percaya, dan jumlah laki-laki telah bertambah kira-kira lima ribu.
KPR 5:14 (AVB) Semakin lama semakinlah bertambah bilangan orang yang mempercayai Tuhan, baik lelaki mahupun perempuan.
KPR 6:1 (AVB) Tidak berapa lama selepas itu, ketika murid Yesus kian meningkat bilangannya, timbullah aduan daripada orang Yahudi peranakan Yunani terhadap orang Yahudi Ibrani. Orang Yahudi peranakan Yunani berkata bahawa balu dalam kalangan mereka diabaikan dalam pengagihan bantuan harian.
KPR 6:7 (AVB) Dengan demikian firman Allah semakin tersebar dan bilangan murid Yesus di Yerusalem kian meningkat, dan ramai imam menjadi orang beriman.
KPR 9:31 (AVB) Dengan demikian sejahteralah jemaah di seluruh Yudea, Galilea dan Samaria. Jemaah itu diberi kekuatan dan hidup dengan takut kepada Tuhan. Dengan pertolongan Roh Kudus bilangan mereka semakin besar.
KPR 11:21 (AVB) Melalui kuasa Tuhan yang menyertai mereka, ramai orang percaya dan berpaling kepada-Nya.
KPR 13:49 (AVB) Firman Tuhan tersebar di serata daerah itu.
KPR 14:21 (AVB) Setelah mengkhabarkan berita baik kepada semua penduduk dan membawa beberapa orang menjadi murid Yesus, kedua-duanya kembali ke Listra, ke Ikonium dan Antiokhia.
KPR 16:5 (AVB) Dengan demikian setiap jemaah semakin teguh imannya dan setiap hari bilangan mereka meningkat.
KPR 19:20 (AVB) Demikianlah, firman Tuhan tersebar luas dan semakin berkuasa.
KPR 19:26 (AVB) Saudara-saudara juga melihat dan mendengar bahawa di Efesus ini malah hampir di seluruh Asia, Paulus itu telah mempengaruhi ramai orang dengan berkata bahawa barang yang diperbuat oleh manusia bukannya tuhan.
KPR 28:30-31 (AVB) Paulus tinggal selama dua tahun di rumah yang disewanya sendiri. Dia menyambut semua yang mengunjunginya dan menyampaikan ajaran tentang kerajaan Allah serta Tuhan Yesus Kristus dengan berani dan bebas, tiada siapa yang menghalangnya.
Apakah revolusi pemuridan yang berkembang dari satu tempat ke tempat lain dan dari satu orang kepada orang yang lain dapat berlaku di musim kita yang sekarang ini?
Apakah revolusi pemuridan ini dapat berlaku ? Terutama sekali di era digital yang sekarang ini dengan jaringan sosial (social networks) yang sedia ada ?
Berikan pendapat anda 👇🏾 di ruang komen di bawah.
Shalom.
Amen. Kita yang dimuridkan, memuridkan orang lain ..
saya sunguh-sungguh percaya bahawa revolusi yang menjurus kepada pertambahan pengikut-pengikut Yesus dapat berlaku pada zaman digital ini. Yohanes 12:32 Avb ada mengatakan, “Apabila Aku diangkat tinggi di atas bumi, Aku akan menarik semua manusia kepada-Ku." ini menjadi semakin nyata melalui pandemic ini, ramailah orang dapat kesempatan menerokai serta belajar sesuatu yang baru berkenaan penggunaan alat digital tatkala mereka duduk diam di rumah. sebagai umat percaya, kita harus merebut kesempatan ini untuk bukan sahaja dimuridkan, tapi dapat belajar memuridkan orang lain juga. jangan kita alpa kelak jika berlaku pertambahan pengikut Yesus, pasti akan ada masaalah yang timbul. jadi, kita harus mencontohi para Rasul sebagaimana yang dicatat di dalam buku Kisah Para Rasul 6:1 tadi. mereka cepat-cepat mengambil tindakan.