1 Korintus 11:1 (AVB) Teladani aku, sebagaimana aku meneladani Kristus.
Apakah Pemuridan Digital (Digital Discipleship)?
Pemuridan Digital boleh didefinisikan sebagai kita memberitakan injil dan mengajar tentang Yesus Kristus di ruang digital dengan menggunakan teknologi digital untuk mendorong orang lain mempercayai dan mempelajari Alkitab. Lebih daripada itu, pemuridan juga memberikan penekanan kepada mentaati atau melakukan Firman Tuhan.
Pemuridan adalah proses seseorang dalam perjalanan rohaninya daripada belum percaya kepada seorang yang komited dan matang di dalam Kristus.
Di ruang digital, kita boleh melakukan yang sama apa yang Yesus lakukan sepanjang 3.5 tahun pelayanannya.
Apakah yang dilakukan Yesus?
Yesus mengongsikan cerita
Yesus mengongsikan hikmat alkitabiah
Yesus memenuhi keperluan orang ramai secara fizikal dan spiritual.
Yesus menjawab soal-jawab orang ramai tentang soalan rohani dan cabaran harian.
Yesus memberikan harapan
Yesus memulakan komuniti
Yesus memuridkan/memperlengkapkan kumpulan kecil yang akan melipat ganda
Yesus menyembuhkan ramai orang
Yesus mengajar mereka berdoa
Yesus mengajar sepanjang masa dan dalam bahagian-bahagian kecil (bite sized)
Dsb.
Model ini, boleh kita lakukan yang sama di ruang digital. Harapan kami di Komuniti Digital ialah untuk kita sama-sama
memberitakan injil,
dimuridkan dengan pelajaran di Akademi KD,
Memuridkan orang lain dengan memulakan group pemuridan
Mengongsikan pendapat dan artikel di Forum Komuniti Digital - ruang “online community” yang sihat.
Mengongsikan “content” digital yang membangun iman.
Share dan kongsikan dengan seberapa banyak orang.
Bagaimana kita boleh melibatkan diri di dalam Permuridan Digital?
Di dalam pengalaman kami di Komuniti Digital, kita dapati pelayanan digital dapat bahagikan kepada 3 kategori pelayanan.
Kategori pelayanan tersebut adalah :
(A) DIGITAL CONTENT CREATOR
"DIGITAL CONTENT CREATOR” adalah adalah golongan orang yang kumpulan orang yang merakam video, edit video, pengajar, pelatih dsb. Mereka membuat media digital seperti video, blogs, gambar, podcast dsb. Mereka memberikan Firman Tuhan, renungan harian, ajaran kristian, kesaksian, animasi, drama, photo, pujian & penyembahan, audio dan tulisan (seperti yang tertera di Forum Komuniti Digital ini). Di Komuniti Digital, kita bekerja sama dengan gereja-gereja BM yang lain untuk menyediakan content-content yang membangunkan iman gereja BM Malaysia.
(B) DIGITAL TECHNOLOGIST
"DIGITAL TECHNOLOGIST” adalah kumpulan orang yang menggunakan platform digital dan teknologi untuk mengongsikan "content" untuk memuridkan dan menginjili orang lain. Mereka adalah kumpulan pelayan Tuhan yang "savy" di dalam bidang IT, digital marketing dan digital analytics. Di Komuniti Digital, platform digital mempunyai bahagian on demand, SEO (Search Engine Optimization), broadcast, chat, latihan secara kendiri, latihan secara kumpulan, forum perbincangan dsb.
Mereka juga adalah kumpulan orang yang mahir di dalam bidang digital Statistics, Analytics dan Insights. Juga boleh menggunakan kemahiran AI (Artificial Intelligence) dan ML (Machine Learning).
(C) DIGITAL DISCIPLER
"Discipler" adalah kumpulan pelayan Tuhan yang fokusnya ialah menjangkau individu. Samada menjangkau mereka yang belum mengenali Yesus atau membangukan iman orang yang percaya. Di sini, "Digital Discipler" haruslah menekankan perhubungan (relationship) and perhubungan secara digital atau "online community" harus dilakukan. Di Komuniti Digital, bahagian komuniti ini adalah bahagian Forum KD, Groups KD, Chat and Blog.
Untuk bahagian orang pra-percaya, kita boleh layari Komumiti Digital dan kita boleh menerokai bahagian kesaksian, Solusi TV Malaysia, Drama dan Blog soal-jawab.
Klik link di bawah 👇🏻
Untuk bahagian orang yang percaya, kita boleh sama-sama kita menerokai Akademi Komuniti Digital
Klik link di bawah 👇🏻
Tuhan memberkati.
Amen