Kisah Para Rasul 19:8-10 (AVB) 8 Paulus masuk ke saumaah dan bercakap di situ dengan beraninya selama tiga bulan. Dia berbincang dengan orang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentang kerajaan Allah. 9 Akan tetapi, beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu, Paulus meninggalkan mereka lalu membawa murid-murid Yesus bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan. 10 Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan. '
Di dalam cerita kisah pekerjaan Roh Kudus melalui para rasul, Lukas menunjukkan kita bahawa Kerajaan Allah memecah-longgarkan tempat-tempat yang belum dijangkau. KPR adalah satu drama di mana Yesus bertakhta di setiap daerah, kota dan bandar kerajaan Roma. Apabila kita membaca ayat di atas, kita dapat melihat penambahan jemaah dan gereja yang luar biasa. Semua ini berlaku di dalam jangka masa 2 tahun.
Kisah Para Rasul adalah tentang penggerakan Roh Kudus yang luar biasa. Revolusi ini mengambil tempat di dalam kehidupan orang biasa yang hanya percaya di dalam beberapa bulan atau beberapa minggu sahaja ! Mereka dilatih oleh para rasul dan orang-orang yang percaya.
Revolusi pemuridan berlaku seperti ribut, dan menyalakan semangat penginjilan dan ketaatan yang sungguh-sungguh di merata-rata tempat di Europa dan Asia di dalam beberapa puluh dekad dan bukan berabad-abad. Perkembangan injil memenuhi semua tempat - bandar, pulau, kota, kem askar, dewan kota, istana, senat, pasaran dan sebagainya.
Oleh itu, apabila, kita sebagai, murid Yesus mula mengambil tanggung-jawab kita untuk memberitakan injil dan taat kepada firman Tuhan dengan pertolongan Roh Kudus, kita akan dapat melihat Kerajaan Allah berkuasa di seluruh tempat, di seluruh lapisan masyarakat dan di seluruh suku-suku bangsa.
Revolusi Pemuridan digambarkan dengan indah sekali di dalam KPR 19.
Paulus memenangi beberapa orang : Paulus memenangi beberapa jiwa dan mula memuridkan mereka (KPR 19:1-9). Beliau fokus selama 3 bulan di dalam bidang penginjilan.
Paulus melatih mereka : Apabila ada rintangan, beliau pergi ke tempat lain di mana beliau dapat melatih muridnya tanpa penganyiaan. (KPR 19:9)
Gerakan bermula dengan murid yang baru percaya : Murid yang baru percaya ini, dinyalakan dengan kasih kepada Yesus yang mendalam dan dipenuhi dengan Roh Kudus, membawa berita baik ini kepada setiap kota, bandar dan perkampungan kerajaan Roma. (Asia Minor - bahagian barat Turkey moden) di dalam jangka masa 2 tahun sampai setiap orang dapat mendengar firman dan berita baik Allah. Hal ini dilakukannya dua tahun lamanya, sehingga semua penduduk Asia mendengar firman Tuhan, baik orang Yahudi maupun orang Yunani. (KPR 19:10)
Pusat latihan untuk memperkembangkan kerajaan Allah : Paulus menggunakan Efesus sebagai pusat latihan selama 3 tahun (permulaan dengan 2 tahun dan tambahan 1 tahun). Beliau mengutus orang yang baru percaya untuk memberitakan injil. Orang yang baru percaya ini berada di hadapan perkembangan kerajaan Allah. Dengan ini, Paulus harus bergantung kepada Roh Kudus untuk memimpin orang yang baru percaya ini. KPR 14:23 menyatakan orang yang baru percaya mula melayani Tuhan dan memimpin dari awal lagi, dengan pimpinan kuasa Roh Kudus.
Dari tempat orang yang belum percaya : Perkembangan kerajaan Allah bukan melalui orang Yunani yang percaya. Kebanyakan orang yang datang dan percaya adalah dari orang yang menyembah berhala Artemis (KPR 19:27) dan dukun (KPR 19:18-19). Allah melakukan mukjizat pemuridan di antara ajaran yang sesat, tahap buta huruf yang tinggi dan tubu dosa (stronghold) dalam kehidupan mereka.
Kebanyakan orang yang beriman (beribu-ribu) telah dimenangi melalui kesaksian orang Kristian yang baru yang ghairah dengan pemberitaan injil. Proses memenangi jiwa baru dan melatih mereka untuk memberi kesaksian dan memenangi jiwa baru untuk melatih mereka melakukan yang sama. Dengan ini seluruh tempat dan orang dapat dijangkau.
Apa yang berlaku di dalam Kisah Para Rasul melalui rasul-rasul dan orang biasa yang percaya adalah revolusi pemuridan. Ia mencabar cara pemikiran kita tentang kebolehan Allah melakukan melalui orang Kristian biasa.
Bolehkah revolusi pemuridan berlaku di zaman kita sekarang?
Di era digital yang sekarang ini, kita mempunyai teknologi di mana ruang pembelajaran dapat dilakukan secara virtual dan pemuridan dapat dilakukan secara virtual.
Ruang akademi virtual ini haruslah mempunyai ciri-ciri seperti:
Pembelajaran secara kendiri
Pembelajaran secara kumpulan
Permantuan perkembangan pembelajaran
Komuniti sosial untuk pelajar berinteraksi.
Mempunyai urutan pelajaran yang sistematik
Ebook dan nota untuk pelajar secara peribadi dsb.
Kelebihan pembelajaran digital
Tidak terbatas dengan ruang fizikal, negeri, lokasi. Pembelajaran dapat dilakukan secara rentas daerah, negeri dan negara.
Tidak terbatas dengan waktu. Bila bila masa yang sesuai
Koleksi sumber pembelajaran yang dapat membantu untuk meningkat/mengukuhkan pelayanan
Akademi Komuniti Digital (www.komuniti-digital.com/som) akan sedikit sebanyak seperti dewan syarahan Tiranus, dimana, pelajaran pemuridan dapat dipelajari dan dibincang. Daripada sini, setiap pelajar, akan mengambil initiatif untuk memuridkan orang lain.
Apakah ini boleh berlaku di musim kita sekarang? Kongsikan pendapat anda di bawah 👇🏻.