Jikalau kita lihat, gereja awal, tidak ada bangungan, sekurang-kurangnya seperti yang kita anggapkan bangunan gereja untuk zaman sekarang.
Orang-orang Kristian abad pertama sentiasa dianiaya dan oleh sebab itu, mereka sentiasa berkumpul secara rahsia di rumah-rumah.
Apabila pengaruh kekrisitanan berkembang, mereka mula membangunkan bangunan yang khususnya untuk beribadah, dan menjadi bangunan gereja yang kita kenali sekarang.
Gereja adalah berkenaan dengan ahli-ahli gereja dan bukan berkenaan dengan bangunan. Persaudaraan (fellowship), Pujian dan Penyembahan (worship) dan pelayanan (ministry) adalah dilakukan oleh ahli-ahli gereja. Bangunan gereja memudahkan (facilitate) pelayanan dan bukanlah pelayanan itu sendiri.
Bayangkan, apakah boleh kita fikirkan ruang digital seperti bangungan? Di mana, ruang digital adalah untuk memudahkan pelayanan dan bukanlah pelayanan itu sendiri.
Kita lihat situasi Malaysia yang sekarang ini. Statistiks di bawah dipetik dari "Malaysia Digital Economy Blueprint".
Apabila kita melihat statistik di atas, gereja-gereja zaman sekarang tidak adalah pilihan lain, kecuali mempunyai dan melaksanakan strategi digital.
Komuniti orang-orang yang percaya adalah penting di dalam semua jenis pelayanan.
Dari sudut digital, komuniti digital juga boleh melakukan pelayanan 24/7. Pelayanan yang sama yang dilakukan oleh gereja awal KPR 2:42-47 boleh dilakukan secara digital. Pemuridan digital mempunyai beberapa "touch points" yang akan membawa seseorang di dalam perjalanan rohani mereka.
Kumpulan kecil atau kelompok sel, adalah tunggak belakang satu gereja.
Kisah Para Rasul 2:42-47 (AVB)
42 Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa. 43 Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaiban serta tanda dilakukan melalui para rasul itu. 44 Ketika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka, 45 serta menjual harta benda mereka lalu membahagikannya antara mereka menurut keperluan seseorang. 46 Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati, 47 sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan.
Ada beberapa perkara yang penting yang boleh kita lakukan di dalam pemuridan digital, sama seperti yang dilakukan oleh KPR 2:42-47
1) Reaching (Penjangkauan)
Komuniti orang-orang yang percaya haruslah diberikan peluang untuk memberitakan injil dan mengongsikan kesaksian mereka. Mereka juga boleh menggunakan kesaksian orang lain untuk dikongsikan dengan yang lain. "Content" juga haruslah boleh dicari di internet (SEO - Search Engine Optimization). Sebab itu, di Komuniti Digital, kami menyediakan semua di atas untuk memudahkan penjangkauan dan misi.
2) Teaching (Pengajaran)
Murid-murid digital Yesus boleh mempelajari bahan-bahan pemuridan dari kerjasama gereja-gereja BM di Akademi Komuniti Digital. Mereka boleh mempelajari secara kendiri atau di dalam kumpulan kecil.
3) Relationship (Perhubungan)
Murid-murid Yesus boleh mempunyai “Connections” di antara satu sama lain, melalui Forum Komunti Digital, Group Komunti Digital dan platform messaging (di mana ahli-ahli KD boleh Chat satu sama lain satu dengan satu atau di dalam kumpulan). Kita berdoa untuk satu sama lain, bertanya soalan, berbincang dan membina perhubungan yang kuat.
4) Multiplying (Pelipat-gandaan).
Murid-murid Yesus boleh mengongsikan bahan-bahan pemuridan kepada yang lain. Juga kumpulan pemuridan dapat dilipat-gandakan. Bahan- bahan pemuridan dapat di akses secara online, oleh itu pemuridan tidak terbatas secara geografi. Harapan kami di Komuniti Digital ialah supaya revolusi pemuridan dapat berlaku di zaman kita sekarang.
Secara kesimpulan, pelayanan yang diperkasakan Roh Kudus, seperti yang dilakukan di zaman gereja awal, boleh dilakukan sekali lagi dengan kemudahan platform digital yang kita ada sekarang ini.
Mari kita berdoa supaya kombinasi pemuridan digital dan fizikal dapat mencetuskan satu revolusi pemuridan di zaman sekarang.