Jubah ini dikenali sebagai ‘Hadassah Redeeming Blood Garment.’ Jubah ini berbicara tentang karya penebusan yang dilakukan oleh Yesus di atas kayu salib untuk semua orang. Warna merah ini melambangkan darah Yesus yang tercurah dan menyucikan kita dari segala dosa dan pelanggaran. Di sisi skirt ini adalah sebuah riben panjang, yang mengingatkan Hadassah tentang rusuk Yesus yang ditikam sewaktu disalibkan sehingga mengalirkan darah dan air (Yohanes 19:34). Selendang yang mempunyai manik-manik emas pula melambangkan air mata setiap penari, yang tercurah saat berdoa di dalam setiap tarian mereka kepada Tuhan.
Di sepanjang pelayanan Hadassah ini, banyak penari-penari yang datang dengan pelbagai latar belakang. Banyak yang membawa bagasi masa silam yang melukakan, yang mengintimidasi, yang menuduh dan sebagainya yang membuatkan mereka merasa tidak layak untuk melayani Tuhan yang kudus. Ini adalah tuduhan-tuduhan yang selalu dilemparkan oleh iblis kepada anak-anak Tuhan. Oleh itu, jubah ini yang adalah sebagai satu tanda pengistiharan bahawa setiap penari Hadassah telah ditebus dan disucikan dengan darah Yesus. Semua ikatan kisah silam, telah pun dihancurkan. Kini mereka boleh menari dan melayani Tuhan dengan penuh kebebasan. 1 Petrus 2:24-25 “Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.”
Selain itu, jubah ini juga akan selalu memberi peringatan kepada Hadassah untuk selalu memeriksa jubah rohani mereka setiap hari. Jubah rohani kita boleh menjadi kotor apabila kita mula menjauh daripada Tuhan dan melakukan perbuatan yang tidak menyenangkan hati Tuhan. Inilah waktu untuk kita memeriksa, apakah jubah yang sedang kita pakai hari ini? Zakharia 3:3-4 “Yosua mengenakan pakaian yang kotor ketika dia berdiri di hadapan malaikat itu. Lalu malaikat itu bersabda kepada mereka yang berdiri di hadapannya, "Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu daripadanya." Dia bersabda pula kepada Yosua, "Lihat, aku telah menjauhkan kesalahanmu, dan aku akan mengenakan pakaian pesta kepadamu." Inilah jubah penebusan yang Hadassah, di mana Tuhan telah menjauhkan dosa dan kesalahan mereka dari dalam hidup mereka.
Wow … Puji Tuhan !