Saya mengingat kembali permintaan Saudari Lay Hua berkenaan menulis Doa Bapa Kami beberapa tahun yang lalu. Saya masih ingat dia telah menyebut permintaannya sebanyak 3 kali, dalam tempoh masa lebih kurang 2 tahun, namun begitu masa dan komitmen lain tidak mengizinkan saya untuk cukup mengheningkan diri dan saya juga tidak ingin menulis untuk hanya memenuhi tugas saja.
Tetapi semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas pada 19 Julai 2020, ketika rutin biasa doa harian saya pada 5.30 pagi, saya teringat permintaan Saudari Lay Hua dan mengeluarkan Alkitab AVB saya. Sambil saya membaca seimbas lalu ayat dari Matius 6:9, Roh Kudus mula berbicara kepada saya seolah-olah sedang menyanyikan irama di dalam fikiran saya sambil saya membaca ayat demi ayat dari petikan itu.
Sambil setiap irama itu ditulis, saya mulai menangis, sambil Doa Bapa Kami, dalam Bahasa Kebangsaan kita menjadi detik cetusan ilham. Dalam proses itu, saya takjub dengan pengarahan kreatif Roh Kudus sehingga saya menulisnya dalam dua bahagian di mana ayat-ayat Alkitab itu beralih menjadi Korus.
Saya berdoa versi ini menjadi detik cetusan ilham bagimu dan bagi Negara kita yang memerlukan doa kita dan agar versi Doa Bapa Kami ini akan menyemarakkan Malaysia oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Dalam nama Yesus, Amin.
Oleh Patrick Leong
(Diambil dan diterjemahkan daripada catitan video YouTube Borneo Sabda bertajuk, "Doa Bapa Kami [Recorded Live] The Lord's Prayer by Patrick Leong" bertarikh 30 Mei 2021)
Keep writing new songs, Bro!