top of page

(1) Bahaya Keangkuhan Di Marketplace

Kerendahan Hati

Kerendahan hati (humility) di marketplace adalah jarang untuk kita temui. Di marketplace, kita akan fikirkan bahawa kerendahan hati adalah satu kelemahan. Sebaliknya saudara, orang yang lemah lembut adalah orang yang paling kuat di marketplace.

  • Orang yang lemah adalah :

  • Orang yang sombong

  • Orang yang bangga

  • Orang yang memaksa

  • Orang yang kasar dsb.

Dan kita dapat lihat, sikap yang di atas adalah satu kebiasaan di marketplace. Mereka ingat, orang yang kuat adalah orang yang menekan orang lain. Tetapi, menurut Alkitab, kerendahan hati, bukanlah kelemahan, tetapi adalah satu kekuatan di dalam kawalan. (Humility is not weakness, but strength under control).


Dalam metafora, orang yang rendah hati adalah seolah-olah seperti seekor kuda liar yang telah dijinakkan. Seekor kuda yang liar, adalah seekor kuda yang penuh dengan kekuatan. Ia akan menendang sesiapa yang duduk di atasnya. Tetapi jikalau kuda yang liar ini dilatih dan dijinakkan, kuda ini dapat digunakan oleh tuan-empunya kuda tersebut Maksudnya, tuan-empunya kuda dapat menunggang dan menggunakan kuda ini untuk tugasan yang disediakan oleh pemiliknya.


Sama juga dengan kita, kita semua yang dahulunya liar, jikalau kekuatan kita di kawali seperti kuda liar yang dijinakkan.Sekarang boleh digunakan oleh master (Boss) kita, iaitu Tuhan kita. Apabila kita merendahkan diri dan mempunyai sikap lemah lembut. Iaitu, dengan mempunyai kekuatan di dalam kawalan. Tuhan dapat menggunakan kita untuk kemuliaan-Nya, sesuai dengan rancangannya. Lebih daripada itu, janji Tuhan kepada kita, adalah “kita akan mewarisi bumi”! Kita sudah lihat, bahawa, kekuatan yang di dalam kawalan ini boleh digunakan oleh Tuhan untuk kemuliaan-Nya.


Kita akan sama-sama mempelajari 5 siri, tentang kerendahan hati di marketplace.

  1. Bahaya Keangkuhan di Marketplace

  2. Sifat Kerendahan Hati di Marketplace

  3. Kebaikan Kerendahan Hati di Marketplace

  4. Praktik Kerendahan Hati di Marketplace

  5. Kuasa Kerendahan Hati di Marketplace


Sebagai orang Kristian, kita dipanggil untuk hidup dengan kerendahan hati (humility). Kita mengetahui bahawa segala yang kita ada adalah anugerah daripada Tuhan. Kita tidak berhak untuk mendapat apa-apa pun. Keangkuhan adalah licik dan bahaya yang boleh membawa kita jauh daripada Tuhan.

Kengkuhan adalah bertentangan dengan kerendahan hati. Alkitab menyatakan banyak perkara tentang keangkuhan dan bahanyanya.


Amsal 16:18 (AVB) Keangkuhan mendahului kehancuran, dan hati yang sombong mendahului kejatuhan.


Dalam perkataan lain, jikalau kita angkuh, kita akan buta dengan kelemahan dan kekurangan diri kita, dan ini akan mengakibatkan kita jatuh.


Yakobus 4:6 (AVB) Walaupun demikian, kasih kurnia yang dianugerahkan oleh Allah lebih kuat, maka tersurat dalam Kitab Suci: "Allah menentang orang yang angkuh tetapi memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati."


Ini mengingatkan kita supaya jangan memandang remeh keangkuhan. Apabila kita angkuh, kita akan memikirkan bahawa segala yang kita ada adalah oleh diri kita sendiri dan kita tidak memerlukan pertolongan dan bimbingan Tuhan. Ini akan mengakibatkan kitalah yang ada kontrol di dalam hidup kita sendiri, pada hal, banyak perkara yang di dalam dunia in yang tidak di dalam kontrol kita.


Yesus sendiri memberikan model kepada kita tentang kerendahan hati.


Filipi 2:5-8 (AVB) 5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: 6 Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, 7 tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya,mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia.8 Dalam keadaan sebagai manusia,

Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib!


Yesus merendahkan dirinya dan menjadi hamba, bahkan kematian di salib, menunjukkan kepada kita apakah makna sebenarnya hidup di dalam kerendahan hati.


Jadi, bagaimana kita kita memupuk kehidupan kerendahan hati?


Pertama, kita memahami bahawa segalanya adalah daripada Tuhan.


Kita tidak layak untuk menerima apa-apa pun. Maksudnya, kita harus rela untuk menyerahkan kehendak kita dan keperluan kita dan mencari kehendak Tuhan di dalam hidup kita.


Kedua, kita harus sedia untuk melayani orang lain, lebih daripada diri kita.


Ini bermakna kita menambah nilai kepada kehidupan rakan sepekerjaan kita, supplier kita, customer kita, boss kita, pekerja kita dsb. Kita harus rela mengorban keselesaan dan kemudahan (convenience) kita untuk membantu orang lain.


Filipi 2:3-4 (AVB) 3 Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. 4 Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain.


Ketiga, kita harus sedia untuk bergantung kepada kekuatan Tuhan dan pimpinanNya, daripada kita bergantung kepada diri sendiri.


Kita serahkan keangkuhan kita ke tangan Tuhan. Kita bergantung kepada kekuatan Tuhan. Kita tidak meninggikan diri kita. Kita tidak perlu juga membela diri kita. Tuhanlah yang akan meninggikan kita pada waktu yang ditetapkanNya.


1 Petrus 5:6 (AVB) Oleh itu, rendahkan dirimu di bawah kuasa Allah, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktu yang telah ditetapkan.


Kesimpulan, marilah kita menjaga bahaya keangkuhan di dalam hidup kita. Kita memupuk sikap kerendahan hati di marketplace. Kita melayani dan menambah nilai orang lain. Kita meletakkan keperluan mereka lebih daripada keperluan kita. Kita bergantung kepada kekuatan Tuhan dan bukan kekuatan diri kita sendiri.


Comments


bottom of page