Sebagai seorang kita dipanggil untuk hidup dengan penuh kerendahan hati. Begitu juga dengan kehidupan kita di Marketplace.
Di Marketplace, kita akan menghadapi cabaran dengan sikap kerendahan hati kita. Ramai yang mempunyai ekspektasi untuk kita
berjaya di dalam semua hal.
Keinginan untuk “recognition” (pengiktirafan)
Keinginan untuk “promotion” (naik pangkat)
Keinginan dan dugaan untuk meletakan kepentingan diri sendiri di atas orang lain - rakan sepekerjaan, pelanggan atau supplier.
Kerendahan hati bukanlah memikirkan kita kurang tetapi memikirkan kurang tentang diri kita. Ini bermaksud, di Marketplace, kita sedia untuk meletakan kepentingan orang lain lebih daripada diri kita. Kita sedar bahawa kejayaan bukanlah tentang diri kita tetapi juga tentang “team” dan impak kepada orang lain.
Kerendahan hati juga adalah berkenaan dengan menyedari tentang kebergantungan kita kepada Tuhan dan menyerahkan diri kita kepada kehendak Tuhan. Ini bermakna kita mencari panduan Tuhan di dalam kehidupan professional kita. Kita serahkan rancangan dan cita-cita kita. Kita biarkan kehendak Tuhan berkuasa ke atas kerjaya kita atau perniagaan kita.
Apabila kita memupuk kehidupan kerendahan hati di marketplace, kita mengadakan satu budaya kerjasama (Collaboration), hormat (respect) dan perkhidmatan (service).
Kita akan menjadi
pemimpin yang lebih efektif,
“team player” yang lebih berkesan
Seorang rakan sekerja yang prihatin.
Yakobus 4:6 (AVB)Walaupun demikian, kasih kurnia yang dianugerahkan oleh Allah lebih kuat, maka tersurat dalam Kitab Suci: "Allah menentang orang yang angkuh tetapi memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati."
Bagaimana kita boleh memupuk kehidupan kerendahan hati ? Di bawah adalah beberapa langkah yang praktikal.
(1) Bersyukur
Kesyukuran adalah sebahagian daripada kerendahan hati. Sebab ia membantu kita menyedari bahawa setiap yang kita ada adalah datang daripada Tuhan. Apabila kita mengambil masa untuk merenungkan berkat kita, kita akan lebih bergantung kepada Tuhan dan kurang fokus kepada diri kita. Kita mengucap kesyukuran di dalam segala hal.
“Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.”
(Filipi 4:6-7 AVB)
(2) Melayani orang lain.
Melayani orang lain adalah sebahagian daripada aspek kehidupan kerendahan hati. Apabila kita meletakkan keperluan orang lain di atas diri kita, kita menambah nilai kehidupan orang lain. Kita akan mengurangkan fokus kepada diri kita. Kepentingan diri dan ketamakan akan menjadi kurang.
“Kerana kamu, saudara-saudara, telah dipanggil untuk mendapat kebebasan. Cuma, janganlah gunakan kebebasan sebagai kesempatan memuaskan hawa nafsu; tetapi berkhidmatlah untuk satu sama lain dengan kasih.”
(Galatia 5:13 AVB)
(3) Kita Melakukan Muhasabah Diri (Self Reflection).
Adalah penting untuk kita mengambil masa untuk kita merenungkan sikap dan kelakuan kita dan mengenal-pasti bahagian kehidupan kita yang penuh dengan keangkuhan. Kita berdoa, kita buat “journaling”, berbincang dengan mentor atau kawan kita dsb.
“Marilah kita memeriksa dan meneliti cara hidup kita, lalu kembali kepada Tuhan.”
(Ratapan 3:40 AVB)
“Telitilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku. Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya.”
(Mazmur 139:23-24 AVB)
(4) Kita Mencari Maklum Balas. (Feedback)
Kadang-kadang adalah bermanfaat untuk mencari “feedback” tentang sikap dan kelakuan kita daripada orang lain. Ini mungkin satu pengalaman yang merendahkan hati kita. Tetapi ia akan membantu kita bertumbuh di dalam bahagian yang memerlukan pertumbuhan.
“Orang yang mengendahkan teguran yang membawa pada kehidupan akan tinggal dalam kalangan bijaksana.”
(Amsal 15:31 AVB)
“Mendengar celaan orang yang bijaksana lebih baik daripada mendengar dendangan orang bodoh.”
(Pengkhutbah 7:5 AVB)
(5) Berserah kepada Tuhan. (Submission to God)
Kerendahan hati adalah kesedihan kita untuk berserah kepada kehendak Tuhan. Ini bermakna kita lepaskan pelan dan cita-cita kita kepada yang lebih baik, iaitu rancangan Tuhan. Kita tunduk kepada rancangan Tuhan.
“Oleh yang demikian, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripadamu.”
(Yakobus 4:7 AVB)
“Serahkan jalan hidupmu kepada Tuhan; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak:”
(Mazmur 37:5 AVB)
Kesimpulan, marilah kita hidup rendah hati di Marketplace supaya kita dapat memberikan kesan yang positif di tempat kerja kita untuk kemuliaan Tuhan. Kita mencerminkan Kristus di dalam segala yang kita lakukan.
Kommentare