“Namun demikian, kalaupun kamu menderita kerana melakukan yang benar, kamu akan diberkati. "Jangan takut akan ugutan mereka dan janganlah bimbang." Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat” 1 Petrus 3:14-15 (AVB)
Kekristianan bukan untuk orang yang lemah, pengecut, atau yang lemah hati. Ia memerlukan lelaki dan wanita yang berani untuk mengikut Yesus.
Apakah kos kita untuk mengikut Kristus? Kita akan menghadapi penindasan apabila kita mempercayai Yesus. Di marketplace, kita mungkin berurusan dengan penindasan senyap setiap hari kerana kebanyakan budaya menjadi semakin sekular dan anti-Kristian.
Tidak kira dari mana kita berasal, apabila kita menghadapi tentangan kerana iman kita, memang kita akan berasa takut. Jadi bagaimana kita menghilangkan rasa ketakutan terhadap penentangan tersebut? Bagaimanakah kita menghilangkan rasa takut untuk tidak bersetuju? Baigamana kita hendak menghilangkan rasa takut ditolak?
Kita perlu dipenuhi dengan kasih Tuhan. Alkitab berkata, “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna. “ (1 Yohanes 4:18). Apabila kita menghadapi tentangan, pilihlah untuk memberi tumpuan kepada kasih Tuhan kepada kita. Orang yang berpegang pada jaminan kasih Tuhan tidak takut ditolak atau ditentang.
Alkitab berkata dalam 1 Petrus 3:14-15, “Namun demikian, kalaupun kamu menderita kerana melakukan yang benar, kamu akan diberkati. "Jangan takut akan ugutan mereka dan janganlah bimbang." Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat” (AVB)
Apabila kita merasa tertekan untuk berdiam diri tentang iman kita, kita mempunyai pilihan: Kita boleh bimbang, atau kita boleh menyembah. Ini bermakna sama ada kita panik atau kita berdoa; kita memberi tumpuan kepada masalah, tekanan, dan penganiayaan, atau kita memberi tumpuan kepada Tuhan.
Apabila kita ditentang kerana kepercayaan kita, kita akan merasai tekanan. Tetapi pilih untuk berpaling dari tekanan yang kita rasa dan letakkan tumpuan kita kepada Tuhan. Dalam erti kata lain, pilih untuk menyembah—kerana fokus kepada Tuhan pada dasarnya adalah ibadah.
Setiap kali kita menghadapi tantangan untuk iman kita, pilih untuk beribadat daripada bimbang.
Comments