top of page

3. Bertaubat Dari Dosa


"Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguhpada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya, semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau. Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa. Ingatlah firman yang telah Kauperintahkan kepada Musa, hamba-Mu, "Jika kamu berbuat mungkar, maka Aku akan menyelerakkan kamu antara bangsa lain. Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku serta melakukannya, maka sekalipun orangmu yang terbuang ada di hujung langit, Aku akan mengumpulkan mereka dari sana dan membawa mereka ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-Ku bersemayam di sana." Mereka ini ialah para hamba-Mu dan umat-Mu yang telah Kau tebus dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan kekuatan-Mu. (Nehemia 1:5-10)


Nehemiah menghadap Allah dengan kerendahan hati dan bertaubat. Dia mohon pengampunan dari Tuhan atas dosanya dan dosa bangsanya. Nehemiah sadar bahawa Allah tidak boleh berkompromi dengan dosa. Pada masa yang sama dia tahu kebenaran Firman Tuhan dan ketika dia berdoa, dia mengingatkan Allah tentang janji-janji-Nya kepada umat Israel melalui Musa.


Pr. Eddy Marson

Comentarios


bottom of page