top of page

(3) Prinsip Penyimpanan



Kita masuk ke dalam prinsip yang ke-3, iaitu Prinsip Penyimpanan. Untuk sesi ini, kita diperingatkan untuk menyimpan duit dengan setia. Mudah tetapi sangat berkuasa. (Simple but powerful). Ini penting bukan sahaja untuk kita yang bekerja di marketplace, tetapi juga untuk semua.


Tahukah kita, bahawa Tuhan memerintah kita untuk menyimpan duit. Tuhan tidak mahu kita membelanjakan semua pendapatan kita, sampai habis setiap bulan.


Sebelum kita mempelajari dengan lebih mendalam, izinkan saya katakan bahawa “wang bukanlah punca segala kejahatan”. Wang adalah neutral. Tetapi, Cinta kita kepada wang, (the love for money) adalah punca segala kejahatan seperti yang tertulis di dalam 1 Timotius 6:10 Ada 2 perkara yang boleh kita lakukan di dalam mengerjakan wang?

  • Pertama ialah untuk kita menyimpan wang kita.

  • Kedua ialah untuk kita melaburkan wang kita.

Hari ini kita fokus kepada prinsip penyimpanan wang. Di dalam satu ibarat (perumpamaan) talenta, Yesus menceritakan di dalam matius 25: 16-18



Terjemahan Bahasa Indonesia, perkataan “memperniagakannya” di terjemahkan dengan perkataaan “mengerjakan” dan terjemahan Inggeris, menggunakan perkataan “put his money to work” .. iaitu, dia mengerjakan wangnya.


Hamba yang pertama dan kedua, dipuji oleh tuannya, kerana mereka mengerjakan wang dan melipat-gandakan jumlah wang tuannya.


Yang ke-3, dimurkai tuannya, kerana tidak mengerjakan wang. Hanya menyembunyikan wang tuannya di lubang tanah.


Kita lihat di sini, ada yang diberikan 5 talenta, ada yang diberikan 2 talenta dan ada yang diberikan 1 talenta.


Allah tidak melihat berapa talenta yang kita ada. Samada 1 juta, 1 ribu atau 100 ringgit. Apa yang Tuhan pentingkan ialah ialah


Bagaimana kita menguruskannya ? dan bagaimana mengerjakan wang empunya Tuhan kita.?


Salah satu cara yang paling “simple” untuk mengerjakan wang ialah dengan “menyimpan wang”.


Kita simpankan wang kita di dalam “akaun simpanan tetap” (Fixed Deposit). Kepada kita yang bumiputra, kita boleh simpan wang kita di dalam bank akaun Amanah Saham Nasional, yang memberikan faedah yang tinggi.


Yesus berbicara kepada hamba yang ke-3...



Matius 25:27 Oleh itu, sepatutnya kamu simpan wang itu di dalam tabung, supaya ketika aku pulang, aku menerima wang itu dengan faedahnya.’


Sekurang-kurangnya, Tuhan menyuruh kita simpan wang di dalam tabung supaya kita menerima faedahnya !


Amsal 13:11 (AVB) Harta hasil penipuan akan susut dengan cepat, tetapi orang yang mengumpulkan sedikit demi sedikit akan melipatgandakannya.


Lihat di sini, Alkitab menyarankan kita untuk mengumpulkan sedikit demi sedikit akan melipat-ganda wang yang kita ada !!!! Seperti pepatah mengatakan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Jumlah penyimpanan tidak penting tetapi ketekalan kita melakukannya, (iaitu consistency kita melakukannya)


Jikalau kita membuat persepuluhan setiap minggu, kita simpan setiap minggu. Jika kita membuat persepuluhan setiap bulan, kita simpan setiap bulan.


Apabila kita menyimpan wang kita secara konsisten, kita akan mendapat Faedah Berkompaun (compounding interest).

  • Maksudnya faedah yang bertindih-tindih.

  • Jadi – dengan simpanan – wang bekerja untuk kita

  • Dengan Hutang pula– kita berkerja untuk wang.

Wang kita akan melipat-ganda…dengan faedah yang berkompaun.

  • Jikalau kita menyimpan RM100 setiap bulan untuk 20 tahun, dengan faedah 4%, kita akan mendapat, RM33,000.

  • Jikalau kita menyimpan RM500 setiap bulan untuk 20 tahun, dengan faedah 4%, kita akan mendapat, RM165,000.

  • Compounding interest akan berkerja untuk kita.


Jikalau kita mengatakan "saya tidak mampu menyimpan duit..", izinkan saya katakan, bahawa kita telah membelanjakan, terlalu lebih. Lebih daripada kemampuan kita. If you can’t afford to save, you are spending too much. Jumlah pendapatan kita tidak penting, tetapi apa yang penting is jumlah penyimpanan kita.


Izinkan saya cadangkan sekurang-kurangnya, prinsip 10-10, iaitu

  • Kita memberikan 10% kepada Tuhan (Persepuluhan)

  • Kita menyimpan 10%

Dan yang bakinya, Kita hidup dengan 80%


Dan dengan 80% ini, kita memerlukan hikmat Tuhan untuk menguruskannya. Kita akan belajar di dalam sesi akan datang tentang pengurusan wang yang bijak… bagaimana membuat bajet

  • Berbelanja untuk kehidupan seharian

  • Mengasingkan wang untuk pendidikan anak-anak kita.

  • Memberikan wang kepada ibu-bapa kita

  • Melaburkan wang kita

  • Memberikan “offering” untuk pekerjaan misi

  • Membantu mereka di dalam keperluan dsb.


Ada juga yang mencadangkan :

  • 20% daripada pendapatan disediakan untuk simpanan. (Termasuk akaun bersara, seperti EPF, wang kecemasan dsb).

  • 10%-20% daripada pendapatan untuk memberi kepada yang memerlukan, Persepuluhan dsb.

  • 10%-20% untuk pelaburan.

  • 50%-70% daripada pendapatan untuk kehidupan seperti rumah, makanan, kenderaan, hiburan.


Tahukah kita, secara purata...

  • Orang Jepun menyimpan 28.8% daripada pendapatan mereka (CEIC Data reports)

  • Orang Europa – 13.2% (European Commission reports)

  • Orang Amerika pula– Membelanjakan 1% lebih daripada pendapatan mereka ... maksudnya, (4.6% wang simpanan) (Statistica)

  • Orang Cina di Negara China, menyimpan 45.9% (CEIC Data)

  • Orang Lebonan - 2%, maksudnya, mereka are penduduk yang berhutang. (worldatlas.com)

  • Orang Malaysia pula – Hanya 0.8% - maksudnya orang Malaysia tidak menyimpan duit, secukupnya. (econsmalaysia.blogspot.com)



Wang adalah alat untuk kita gunakan. Jika kita memperalatkan wang, kita akan mengasihi Manusia. Tetapi, jika kita mengasihi wang, kita akan memperalatkan manusia.


Wang, adalah hamba yang baik, tetapi boss yang jahat. Oleh itu, Hari ini kita diperingatkan, Jikalau kita mengabaikan prinsip kewangan yang ke-3, kita tidak akan mendapat berkat Tuhan.


Kita bukan hidup untuk hari ini tetapi untuk masa hadapan. Mari kita cuba sedaya upaya untuk menyimpan wang kita. Menyimpan wang adalah satu disiplin rohani, saudara-saudari ...yang harus kita tangani dengan serious.


(Saving is a spiritual discipline).


Tetapi, perkara yang lebih penting daripada hidup kita yang sementara ini, ialah hidup yang berkekalan. Dan ini hanya kita perolehi dengan menerima kasih Yesus dengan iman.


Elder Ann Wan Kuan

Comments


bottom of page