top of page

4 Cara Tuhan Berbicara Dengan Kita

Allah berfirman dengan satu dua cara, tetapi orang tidak memperhatikannya.

(Ayub 33:14 AVB)



Tuhan sentiasa berbicara dengan kita, tetapi apakah kita mendengar suaraNya? Ayub 33:14 mengatakan ada kalanya Tuhan berbicara dengan satu cara, dan mungkin dengan satu cara yang lain. Persoalannya, ialah bagaimana kita boleh menala salurannya (tune to the channel).


Di tempat pekerjaan kita, kita memerlukan kebijaksanaan Tuhan setiap hari. Setiap hari, dan saat, kita akan berhadapan dengan keperluan untuk membuat keputusan dan pilihan yang bijak. Dan jikalau kita belajar untuk mendengar daripada Tuhan, kita akan melakukan sesuatu yang efektif dan penuh kualiti di tempat pekerjaan kita. Kita mula melakukan pekerjaan kita dengan kuasa dan kebijaksanaanya datang daripada Tuhan.


Di bawah adalah 4 saluran yang biasanya digunakan Tuhan :


#1: Tuhan berbicara dengan kita melalui Alkitab


Alkitab ialah buku panduan untuk kehidupan. Ia menunjukkan langkah yang benar untuk kita lakukan. (BIBLE - Basic Instruction Before Leaving Earth). Inilah sebabnya kita membaca Alkitab setiap hari. Jikalau kita tidak mempunyai renungan harian dan membaca Alkitab, Tuhan tidak akan dapat berbicara dengan kita. Kita harus sentiasa berhubung dengan Tuhan (constant connection) melalui Alkitab kerana kehendak Tuhan ada dinyatakan di dalam Alkitab. Tanpa Alkitab, kita tidak akan tahu kehendak Tuhan di dalam hidup kita. Kita tidak akan boleh membedakan pesanan Tuhan atau pesanan pihak lain seperti Iblis atau kedagingan kita sendiri.


Banyak situasi di tempat kerja kita memerlukan hikmat dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu. Firman Tuhan adalah dasar untuk kita mengetahui apakah keputusan dan pilihan yang harus kita lakukan.


#2: Tuhan berbicara melalui pemimpin Tuhan.


“Dan Dialah yang memberi sesetengah orang menjadi rasul, nabi, penyebar Injil, pembimbing jemaah dan pengajar, untuk menyediakan orang yang salih bagi kerja melayani, untuk meneguhkan tubuh Kristus.” (Efesus 4:11-12 AVB)


Tuhan boleh berbicara dengan kita melalui pemimpin-pemimpin Tuhan, terutama sekali rasul, nabi, penginjil, pengajar dan pastor. Mereka semua tidak akan tahu setiap keperluan kita, tetapi, pengajar akan mengajar bahagian firman Tuhan yang akan memberikan kita kata-kata yang sesuai dengan keperluan semasa kita.


Ada situasinya, apabila kita berhadapan dengan masalah di tempat kerja dan pesanan dan perkongsian daripada pemimpin-pemimpin memberikan pencerahan untuk kita mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu, yang berdasarkan firman Tuhan.


#3: Tuhan berbicara melalui “impression”, visi, mujizat dan suara kecil kita.


“Impression” adalah satu gambaran dan perasaan yang diletakkan oleh Tuhan melalui pemikiran dan hati kita. Impressi.


Ada dua bahagian “extreme” di sini. Satu yang bahagian yang mengatakan “impression” bukanlah datangnya dari Tuhan, dan yang satu lagi ialah setiap “impression” adalah dari Tuhan. Saya percaya, bahawa kita harus berada di tengah-tengah. Setiap “impression” haruslah selaras dengan Firman Tuhan.


Ada kalanya Tuhan juga berbicara melalui visi dan mimpi kita. Dan juga melalui mujizat yang kita lalui dan alami.


Ada kalanya, kita juga dapat mendengar dengan suara kecil hati atau suara kedengaran.


#4: Tuhan berbicara melalui keadaan (circumstances)


Jikalau kita mahu hidup yang bermakna di dalam Tiuhan, Tuhan akan sentiasa membuat pembetulan laluan kehidupan kita. Dan salah satu cara Tuhan menggunakan ini ialah dengan keadaan kehidupan kita (our circumstances).


Kita boleh mendengar suara Tuhan melalui keempat cara tersebut dan semuanya, harulah selaras dengan Firman Tuhan.



Renungan:

  • Apakah yang boleh kita lakukan di tempat kerja kita, supaya kita belajar mendengar suara Tuhan?

  • Bagaimana, Tuhan boleh berbicara dengan kita semasa kita sibuk di tempat kerja kita?

  • Apakah langkah pertama, yang boleh kita lakukan untuk belajar mendengar Tuhan berbicara dengan kita secara di atas?

Comments


bottom of page