top of page

(4) Ibadah Melalui Pemberian Kita


“Muliakanlah Tuhan dengan hartamu dan dengan hasil pertama daripada segala penghasilanmu” (Amsal 3:9 AVB)



Semasa kita kecil, kita pernah membeli atau membuat hadiah kecil untuk ibu bapa kita. Setiap kali kita memberi hadiah kepada ibu bapa kita, mereka tentu akan sangat gembira. Mereka tidak memerlukan apa-apa daripada kita. Mereka hanya menikmati hakikat bahawa kita peduli akan mereka.


Tiada apa yang boleh kita berikan kepada Tuhan yang Dia perlukan. Tetapi apabila kita memberinya persembahan, kita berkata, "Tuhan, kita mengasihi Engkau. Kita meletakkan Tuhan utama. Kita mahu Tuhan berada tempat yang pertama dalam hidup kita.”


Alkitab berkata,“Muliakanlah Tuhan dengan hartamu dan dengan hasil pertama daripada segala penghasilanmu” (Amsal 3:9 AVB). Itu namanya persepuluhan. Alkitab mengatakan bahawa persepuluhan adalah 10 peratus daripada apa yang kita perolehi, dan itulah yang harus kita lakukan terlebih dahulu dengan pendapatan kita.


Persepuluhan tidak hanya memuliakan Tuhan. Ia juga satu ibadah. Tetapi Alkitab mengatakan tidak semua pemberian adalah ibadah. Jadi apakah jenis pemberian itu ibadah?


Alkitab berkata, “Pada hari pertama setiap minggu, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasingkan wang menurut kemampuan masing-masing dan menyimpannya. Janganlah setelah aku datang baru kamu mula mengumpulnya.” (1 Korintus 16:2 AVB)


  • Pemberian ibadah tidak ditentukan (undesignated). Ini bermakna kita tidak mengawalnya, kita tidak mengarahkannya, dan kita tidak memberitahu Tuhan apa yang perlu dilakukan dengan pemberian tersebut.


  • Pemberian ibadah diberikan di mana anda beribadah. Pemberian ibadah kita pergi ke gereja tempatan kita.


  • Pemberian ibadah haruslah dirancang. Kita tidak hanya memberi secara spontan. Kita berdoa mengenainya.


  • Pemberian ibadah adalah berkadar. Jika kita tidak memperoleh apa-apa minggu itu, jangan berikan apa-apa. Kita mendapat sedikit, kita memberi sedikit. Kita mendapat banyak, kita memberi banyak.


Akhirnya, Tuhan tidak mahu wang kita. Dia mahukan apa yang diwakili oleh wang kita. Saraf yang paling sensitif dalam badan adalah saraf yang pergi dari jantung ke dompet. Tuhan menghendaki hati kita lebih dari segalanya.


Comments


bottom of page