Yang Diberkati (Beatitudes)
Pelajaran 4: Lapar & Dahaga
Matius 5:6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan.
Matius 5:1-11 (AVB)
1 Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Dia pun mula mengajar mereka:
3 "Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.
4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.
5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.
6 Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan.
7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga.
8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.
9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.
10 Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka.
11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya."
Mengapa harus kita mementingkan perbenaran, di marketplace ? Rakan seperkejaan kita tidak kisah tentang perbenaran, tetapi ...
Amsal 12:28 Hidup ada di jalan yang benar, dan di jalan itu tidak ada yang menuju maut.
2 sebab mengapa perbenaran adalah penting di dalam hidup kita:
Sebab pertama: ia adalah satu-satunya jalan menuju kepada kehidupan kekal iaitu, jalan ke syurga.
Sebab kedua: ia adalah satu-satunya jalan untuk kehidupan kita di dunia yang sekarang ini.
Sebab pertama adalah berkenaan dengan posisi kerohanian kita di mata Tuhan dan sebab kedua ialah berkenaan dengan perlakuan gaya hidup kita di dunia ini. Kita renungkan bahagian firman Tuhan ini, dengan bertanyakan 2 soalan:
Bagaimana Tuhan membenarkan kita secara rohani? (Posisi kerohanian kita)
Bagaimana kita dapat mengekalkan kelaparan dan kedahagaan rohani kita, untuk Tuhan, untuk sepanjang hidup kita? (Perlakukan gaya hidup kita)
Soalan #1: Bagaimana Tuhan membenarkan kita secara rohani?
Yang pertama: adalah berkenaan dengan posisi kita. Ia adalah berkenaan dengan perhubungan kita dengan Tuhan
Roma 1:17 Kerana di dalamnya perbenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Orang benar akan hidup dengan iman.”
Kita diperbenarkan kerana iman kita kepada Tuhan dan bukan kerana perbuatan diri kita. Kita tidak menjadi lebih benar, dengan membuat perbuatan lebih baik ataupun kita tidak menjadi kurang benar, dengan membuat perbuatan lebih jahat. Kita diperbenarkan, melalui iman kita kepada Tuhan. Bukan sahaja, dia mengajar yang benar, atau mengatakan yang benar, tetapi Yesus adalah kebenaran !
Kebenaran adalah bergantung kepada seorang peribadi, iaitu Yesus Kristus.
Oleh itu, posisi kita secara rohani adalah bergantung kepada siapa Tuhan dan kasihnya kepada kita dan tidak bergantung kepada perbuatan kita. Kita tidak boleh membuat kasih Tuhan kepada kita lebih ataupun kurang. Kerana Tuhan kita adalah kasih. God is love.
Apakah penting untuk kita mementingkan kerohanian kita di tempat kerja? Tentu sekali, kerana kerja adalah “Avodah” iaitu ibadah kita kepada Tuhan. Malahan di tempat perkerjaan kita, mereka yang mempunyai kerohanian yang tinggi, IQ (Intellectual Quotient) yang tinggi dan EQ (Emotional Quotient) adalah seorang yang pekerja “high performance”
Soalan #2: Bagaimana kita dapat mengekalkan kelaparan dan kedahagaan rohani kita ?
In penting supaya besok kita akan mengenal Tuhan lebih mendalam daripada hari ini. Supaya minggu depan kita akan menjadi lebih dekat dengan Tuhan daripada minggu yang lepas. Supaya tahun depan, kita akan menjadi lebih bijak dan rapat dengan Tuhan daripada tahun yang sebelumnya.
Kemampuan kita mengekalkan kelaparan dan kebahagiaan kita adalah bergantung kepada posisi kita yang pertama. Hanya apabila kita menerima Yesus secara iman, barulah kita mampu melakukan bahagian yang kedua ini.
Doktor akan mengatakan jikalau kita tidak mempunyai selera makan (appetite), maknanya kita sakit: Apabila kita sakit dan demam selera makan kita akan turun. Kehilangan selera makan, akan memberikan kita tanda, bahawa ada sesuatu yang tidak mengena, dengan kehidupan ataupun badan kita.
Sama juga secara rohani. Jikalau kita tidak selera untuk mengenal Tuhan, Jikalau kita tidak dahaga akan perbenaran Tuhan, Ada sesuatu yang tidak mengena dengan kerohanian kita. Kita tidak sihat secara rohani.
Tubuh rohani kita memerlukan perlakuan gaya hidup yang baru. New life-Style.
Persoalannya, apakah New Life Style rohani kita? Iaitu apakah Gaya hidup rohani kita yang baru?
5 langkah praktikal yang boleh kita lakukan, untuk kita sentiasa berada di dalam keadaan kelaparan dan kedahagaan akan perbenaran.
Langkah yang boleh kita lakukan:
#1: Kita Ingat tentang kasih Tuhan kepada kita, di marketplace
Setiap hari, kita ingatkan diri kita betapa besar kasihnya kepada kita. Setiap hari di marketplace, kita ingat tentang kasih Tuhan. Kerana lebih kita mengenali bahawa Tuhan mengasihi kita, lebih kita akan mengasihi Tuhan.
Ada kalanya, kita mengatakan masalah rohani kita ialah kerana kita tidak mengasihi Tuhan secukupnya. Tetapi, punca masalah kita bukanlah kerana kurang mengasihi Tuhan, tetapi masalah kita, ialah kita tidak mengenali kasih Tuhan yang sebenarnya.
Efesus 3:17-19 (AVB) 17 Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, 18 akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, 19 dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah.
Apabila kita mengenali kasih Tuhan, kita akan dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. Jikalau kita benar-benar mengenali kasih Tuhan untuk kita, kita tidak ada pilihan lain kecuali mengasihi-Nya. Jadi untuk kita mengekalkan kelaparan dan kedahagaan kita, kita harus mengenali dan ingat betapa besarnya kasih Allah untuk kita.
#2: Kita berhenti makan makanan rohani yang tidak berkhasiat (junk food)
Kita harus berhenti makan "spiritual junk food." Jikalau kita mahu memenuhi kekosongan hidup kita dengan gaji, status, kejayaan, seks, posisi, kekayaan harta benda ....... kekosongan kita tidak akan dipenuhi.
Kekosongan kita hanya boleh dipenuhi melalui seorang peribadi, iaitu Yesus Kristus.
Amsal 15:14 (AVB) Hati orang yang berpengertian mencari pengetahuan, tetapi mulut orang yang bebal menelan kebodohan.
Jangan kita telan atau makan yang bodoh atau "junk food" di dalam bahasa harian kita. Jikalau kita selalu berfikir tentang sukan, politik, business, duit, kerjaya, hobi dsb kita tidak akan ada kelaparan dan kehausan untuk Tuhan.
Semua, itu tidak salahnya, tetapi jikalau kita hanya memenuhi perut rohani kita dan dahaga rohani kita dengan "spiritual junk food", badan rohani kita tidak akan sihat. Marilah kita makan dengan makan rohani yang berkhasiat, seperti yang tertulis di dalam Yesaya 55:2
#3: Kita bersama dengan orang yang seiman, di marketplace
Ini penting, agar kita senantiasa berada dalam keadaan lapar dan dahaga akan perbenaran.
Amsal 2:20 Dengan demikian engkau dapat menempuh jalan orang baik-baik, dan tetap berada di jalan orang benar.
Maksudnya, jikalau kita mahu berjalan di dalam jalan kebenaran, kita harus bersama dengan orang yang baik- baik. Fellowship di tempat kerja. Gereja dan kelompok sel adalah tempatnya juga. Mereka akan memastikan kita berjalan di jalan orang yang benar.
Bila kita luangkan masa dengan orang yang lapar rohani, kerana mereka akan mendorong kita sentiasa lapar dan dahaga akan makanan dan minuman rohani.
#4: Kita membaca Firman Tuhan setiap hari, kalau boleh di marketplace juga.
Alkitab adalah makanan rohani kita. Alkitab mengatakan bahawa firman Tuhan adalah roti, daging, susu dan madu. Alkitab menggunakan metafor, Firman Tuhan sebagai makanan.
Matius 4:4 Yesus menjawab, “Telah tersurat: ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.
1 Petrus 2:2 Seperti bayi yang baru lahir, hendaklah kamu selalu haus akan air susu suci firman Allah, supaya kamu bertumbuh subur sehingga beroleh penyelamatan.
Kita perlu membaca Alkitab setiap hari:
2 Tim 3:16 Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah , dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.
Perhatikan di sini, Firman Tuhan adalah untuk mendidik ke arah kebenaran. Bagaimana kita mengekalkan selera rohani kita ke arah perbenaran? Dengan membaca Alkitab setiap hari
#5: Kita menjadikan Tuhan sebagai no.1 tujuan hidup kita, di tempat kerja kita.
Bukan kejayaan, Bukan kegembiraan, bukan berkat.
Mazmur 63:1 Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari- Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui- Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.
Daud menulis Mazmur ini di padang pasir Judah. Jikalau kita di dalam padang pasir kerjaya kita. Jikalau kita di dalam padang pasir perhubungan suami-isteri atau perhubungan dengan orang lain Jikalau kita di dalam padang pasir punca pendapatan Jikalau kita di dalam padang pasir emosi kita, kita mencari hadirat Tuhan, kita dahagakan perbenaran Tuhan.
Matius 6:33 Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.
Kerajaan Allah dan perbenaran-Nya menjadi:
Prioriti hidup kita
Tujuan utama kita
Nombor 1 di dalam hidup kita
Siapakah perbenaran? Yesus Kristus, kerana Dia adalah benar.
Inilah kunci berkat yang ke-4, “Kita lapar dan dahaga akan perbenaran”. Dan kita akan dipuaskan. Dan ini hanya diperolehi dengan perhubungan kita dengan Yesus Kristus. Dan apabila kita berada di dalam sikap ini, kita akan diberkati.
DOA
Tuhan, terima kasih, atas Firman-Mu. Hari ini, kami minta pertolongan Tuhan untuk kami terus lapar dan dahaga tentang perbenaran Tuhan dan “aktivatkan” selera kami untuk perkara-perkara yang rohani. Ajar kami untuk sentiasa berada di dalam kedahagaan dan kelaparan makanan rohani.
Supaya kami ingat tentang betapa besarnya kasih Allah untuk kami.
Supaya kami tidak lagi telan makanan yang tidak berkhasiat tetapi yang berkhasiat.
Supaya kami sentiasa bersama dengan orang yang beriman
Supaya kami sentiasa rindukan pembacaaan dan renungan firman Tuhan
Supaya kami menjadikan Kristus sebagai nombor 1 di dalam hidup kami.
Dan dengan pertolongan Roh Kudus, kami mampu melakukan semua itu. Terima Kasih Tuhan, inilah doa kami. Di dalam nama Yesus Kristus, Amen.
Soalan Renungan:
1. Apakah antara 5 langkah praktikal yang perlu anda perbaiki dalam hidup anda?
2. Pernahkah anda merasa lapar dan haus rohani? Kongsikan.
Elder Ann WK
댓글