Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. (2 Korintus 9:7 AVB)
Di tempat pekerjaan dan marketplace kita, kita tentu sekali diberkati oleh Tuhan, dengan satu cara atau cara yang lain. Dalam hal memberi, Tuhan lebih mementingkan apa yang ada di dalam hati kita daripada apa yang ada dalam bank akaun kita. Apa yang dia benar-benar mahukan ialah kesediaan kita dan bukan kekayaan kita.
Alkitab berkata dalam 2 Korintus 9:7, “Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira” (AVB). Ayat ini menawarkan empat sikap hati yang perlu kita miliki apabila kita memberi.
1. Memberi dengan “intentional” (dengan sengaja). Jangan memberi secara impulsif. Pemberian yang paling rohani ialah apabila kita memikirkannya, berdoa mengenainya, dan kemudian membuat keputusan mengenainya. Tuhan mahu pemberian kita bermakna dalam hidup kita. Dia mahu kita membuat pelan untuk melakukannya.
2. Memberi dengan penuh semangat. Jangan hanya berfikir, "Saya perlu memberi!" Memberi kerana kita tahu Tuhan akan melakukan sesuatu yang besar dalam hati kita apabila kita menjadi orang yang pemurah.
3. Memberi secara sukarela. Bila-bila masa seseorang mendesak kita untuk memberi, jangan lakukannya. Tuhan tidak akan memberkati pemberian seperti itu. Tetapi apabila kita merasakan Tuhan mencabar kita untuk memberi, itulah masanya untuk memberi dengan murah hati dan sukarela!
4. Memberi dengan ceria. Memberi dengan gembira! Salah satu perkataan Yunani untuk "persembahan" mempunyai akar yang sama dengan perkataan "hilarious" (dengan sukacita yang amat sekali). Tuhan mahu anda menikmati memberi kepadanya dan kepada orang lain.
Apa yang penting ialah kondisi hati kita. Tuhan mahu kita mempunyai hati yang memberi. Walaupun kita semua sibuk di tempat pekerjaan kita, mari kita minta Tuhan untuk membuka hati kita untuk memberi dengan sikap hati yang murni.
Comentários