top of page

(5) Hutang



Hari ini, kita masuk ke dalam prinsip yang ke-5, iaitu Prinsip berkenaan dengan Hutang. Alkitab memberikan kita amaran, berulang-ulang kali bahawa hutang adalah berbahaya.


Di tempat kerja dan marketplace, kita akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis hutang.

  • Hutang membeli kereta mewah

  • Hutang membeli rumah mewah

  • Hutang membeli perabut dengan bayaran ansuran.

  • Hutang kad kredit untuk pelbagai jenis tujuan hiasan rumah, makan, bercuti dsb.

Jadi, kita harus berhati-hati. Malahan, alkitab mengatakan bahawa hutang adalah satu perangkap. Lebih daripada itu, jikalau kita membeli sesuatu dan kita tidak dapat menyelesaikan hutang kita, itu adalah dianggap sebagai satu kelakuan pencurian.



Di sini, kita dapat melihat 4 bahaya hutang:


  • Pertama, ialah hutang akan membebankan kita. Kita akan merasakan tekanan yang berat. (ayat 6b)

  • Kedua, hutang akan berkekalan jikalau kita tidak menanganinya. Ia tidak akan lenyap begitu sahaja, malahan jikalau hutang tidak ditangani, ia akan bertambah dan bertimbun dengan faedahnya. (ayat 6c)

  • Ketiga, hutang akan mengakibatkan kita tidak aman (ayat 7a). Kita akan selalu di dalam keadaan keresahan.

  • Yang keempat, hutang akan memperangkapkan kita. (ayat 7b). Kita seolah-olah binatang yang terikat di dalam perangkap.



Maksudnya, Kita yang berhutang adalah hamba kepada orang yang memberikan hutang.

  • Apabila kita berhutang dengan bank, kita adalah hamba kepada bank.

  • Apabila kita berhutang dengan kawan kita, kita menjadi hamba kepada kawan kita.

  • Apabila kita berhutang dengan kad kredit, kita akan menjadi hamba kepada syarikat kad kredit. Kad kredit, adalah tuan yang paling kejam, kerana faedah tahunan adalah sangat-sangat tinggi, saudara-saudari.


Persoalannya, apakah langkah yang harus kita ambil untuk membebaskan kita daripada perangkap hutang secara Alkitab?



(1) Kita memberikan komitmen untuk menjadi bebas dari hutang




Bankrupcy, adalah salah satu cara yang legal untuk melunaskan hutang, tetapi tidak bermoral, seperti yang telah kita baca. Kita akan menjadi orang zalim jikalau kita tidak membayar hutang. Maksudnya, Kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan hutang kita.



(2) Kita memberikan persepuluhan dan menyimpan duit


Persepuluhan menyatakan bahawa Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita. Penyimpanan pula adalah untuk kita menyimpan untuk masa hadapan dan mendapat faedah yang berkompaun. Maksudnya, walaupun kita di dalam hutang, kita harus melakukan persepuluhan dan penyimpanan duit. Ini yang telah kita belajar di dalam prinsip kewangan yang ke-2 dan ke-3.


Kita lakukan ini, terlebih dahulu sebelum kita menyelesaikan hutang kita iaitu Prinsip 10-10, yang telah dikongsikan.



(3) Kita membuat rekod



Kita senaraikan rekod tentang

  • Apa yang kita miliki

  • Apa yang kita hutang

  • Apa yang kita dapat iaitu pendapatan kita.


Amsal 24:3 Dengan hikmah rumah dibina, dan dengan pengertian dikukuhkan.


Kita harus mengerti, di mana, dari mana dan ke mana wang kita digunakan. Ini adalah budgeting, yang akan kita pelajari di dalam sesi yang akan datang.



(4) Kita menjual harta kita yang tidak perlukan



Maksudnya, Kita tukarkan harta kita kepada tunai. Dan dengan tunai tersebut, kita dapat mengurangkan hutang kita. Kita harus berdoa, apa yang boleh kita singkirkan dari hidup kita supaya kita tidak perlu terbeban dengan "maintenance"-nya dan mendapatkan tunai untuk menyelesaikan hutang.


Jadi, mari kita lihat senarai harta-benda kita yang mungkin kita tidak perlu dan yang membebankan kita ..



(5) Kita membuat pelan pembayaran hutang



If we don’t plan, we are planning to fail…. Kita harus dengan “intentional “ di dalam kita membuat perancangan untuk menyelesaikan hutang. Di dalam kita membuat pelan, Kita juga boleh mencari nasihat orang yang bijak dan takut akan Tuhan.



(6) Kita membuat keputusan untuk menyelesaikannya di dalam tempuh yang separuh.


Jikalau hutang kita adalah 20 tahun, kita harus merancangkan untuk menyelesaikannya di dalam 10 tahun. Mengapa? kerana faedah hutang akan dikurangkan dengan banyak jikalau kita mempercepatkan penyelesaian hutang.



(7) Kita tidak tambahkan dengan hutang yang baru



Kita harus berasa cukup iaitu “principal of contentment” atau “prinsip kepuasan hati”. Jikalau kita berhutang bertimbun dengan kad kredit, perkara yang pertama yang harus saudara-saudari lakukan ialah mengguntingkan kad kredit tersebut dan membuangkannya ke tong sampah.


Kita tidak seharusnya, menambahkan beban kita dengan hutang yang baru .. di dalam usaha kita untuk menjadi bebas dari hutang.


Jadi, hutang adalah satu perangkap yang kejam. Dan jikalau kita di dalam keadaan berhutang sekarang ini, kita harus memulakan langkah untuk menyelesaikan hutang-hutang kita dengan langkah yang telah saya cadangkan.


Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa.


Kita juga harus tahu, untuk hidup kita yang berkekalan, bahawa hutang dosa kita telah diselesaikan dengan pengorbanan Yesus di atas salib. Dia telah menghapuskan hutang kita dengan memakukannya di kayu salib seperti yang tertulis di dalam Kolose 2:14. Kerana itu, kita bersyukur.



Elder Ann Wan Kuan

コメント


bottom of page