top of page

Abba Bapa


Impak yang kita terima ketika kita melihat Tuhan sebagai Bapa kita adalah sangat berbeza, kerana kita tahu Dia adalah Tuhan, namun, Dia ingin dikenal dengan lebih dekat lagi - kerana Dia bukanlah Tuhan yang jauh.


Apabila Tuhan menjadi Bapa kita, Dia akan mengangkat/menggendong kita. Kita tidak akan takut untuk menunjukkan parut dan luka, hidup berantakan dan kotor yang pernah kita lakukan/lalui.


Apabila Tuhan adalah Bapa kita, kita diizinkan untuk merasa tidak berdaya bila kita berada di hadapanNya. Kita tidak perlu menghadapi proses kesakitan kita sendirian:


Apabila Tuhan adalah Bapa kita, kita tahu bahawa kita dijagai olehNya. Kita tidak perlu mencari dan mengejar kasih kemudian berusaha memenuhinya dengan hal-hal dunia ini kerana Dia lebih dulu mengasihi kita melebihi kasih kita kepadaNya.


Hai anak, mungkin selama ini kamu memproses kesaktianmu and menyembunyikannya daripada Tuhan dan orang lain. Namun tahulah bahawa lukamu tidak akan dapat disembuhkan jika engkau tidak mendedahkannya.


Kata-Nya, “Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kaulakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun demikian, bukanlah kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang terlaksana.”


Yesus mengetahui hal ini, menyembunyikan kesakitan dan perihmu, bukan la jawapannya, namun bawalah itu kepada Tuhan yang akan menyembuhkan kehancuranmu dan mengubahkanmu menjadi baru.


Jemimah Ramos

Sumber: Blooming While Waiting


Comentários


bottom of page