top of page

Akibat Daripada Menghina Tuhan


1 Samuel 3:12-14 (BM)

Pada hari itu Aku akan melaksanakan segala ancaman-Ku terhadap keluarga Eli, dari mula sampai akhir. Aku sudah memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana anak-anaknya telah menghina Aku. Eli tahu akan perbuatan mereka itu, tetapi dia tidak melarang mereka. Oleh itu Aku bersumpah kepada keluarga Eli, bahawa untuk selama-lamanya tiada korban atau persembahan apa pun yang akan dapat menghapuskan dosa yang dahsyat itu."


Pengajaran/Refleksi

Sebagai pengajaran bagi kita hari ini daripada keluarga Eli, kita diajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dengan tidak melarang anak-anak atau ahli keluarga kita ketika mereka melakukan dosa. Apa akibatnya?

  1. Tuhan telah memberitahu Eli bahawa Dia akan mengancam keluarganya dari mula sampai akhir, tetapi Eli tidak memperdulikannya dan tidak bertindak terhadap anak-anaknya.

  2. Akibatnya, Tuhan bersumpah kepada keluarga Eli bahawa tiada korban atau persembahan apa pun yang akan dapat menghapuskan dosa mereka untuk selama-lamanya.


Seruan

Sebagai ibu bapa dan pemimpin, kita harus mengingatkan dan melarang anak-anak serta ahli keluarga kita agar tidak menghina Tuhan, Allah yang hidup. Tindakan ini bukan hanya untuk melindungi mereka tetapi juga untuk menjaga hubungan kita dengan Tuhan.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya tidak menghina-Mu. Ajarilah kami untuk senantiasa mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati kami umat-Mu secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Commenti


bottom of page