“…Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang; aku layu seperti rumput kering....” Mazmur 102:12
Pada saat ini pemazmur melalui waktu yang sangat sukar didalam hidupnya, dia mengalami kesengsaraan itu secara peribadi. Didalam kesengsaraannya, pemazmur datang kepada Tuhan dan memohon kepada Tuhan untuk pertolongan.
Oleh kerana kesengsaraan dan penderitaan yang sangat berat yang ditanggungi oleh pemazmur didalam hidupnya maka dia kehilangan nafsu makan, tidak ada semangat, lemah lesu, sulit untuk tidur, hatinya terpukul dan layu. Sebab tidak ada seorang pun yang dapat menolong dan menjawab segala persoalannya.
Kesengsaraan dan penderitaan yang sangat berat yang dilalui oleh pemazmur menyedari dirinya bahawa “hidupnya hampir habis seperti bayang-bayang yang panjang menjelang matahari terbenam dan seperti rumput yang kering dan layu. Tetapi yang hanya tetap kekal untuk selama-lamanya adalah TUHAN, Dia untuk memerintah selamanya.
Dalam kesengsaraan dan penderitaan pemazmur tahu bahawa Tuhan sahaja tempat yang tepat bagi menjawab segala kesengsaraan dan penderitaan hidupnya. Dengan itu dia datang kepada Tuhan dengan mencurahkan hatinya kepada Tuhan dan yang berkuasa untuk menolong dan memulihkan hidupnya.
Kesengsaraan dan penderitaan yang kita lalui dalam hidup ini sering kali menyebabkan kita kehilangan nafsu untuk makan dan minum atau semangat untuk meneruskan hidup ini atau sukar untuk tidur, hati tertekan. Namun kita harus ingat bahawa kita ada Tuhan yang dapat menolong kita dan menjawab segala pergumulan kita.
Dengan itu janganlah menyerah dalam hidup ini, sebab selagi Tuhan dipihak kita selagi itu kita ada harapan dan kemenangan. Sebab Tuhan tidak berubah dalam hidup ini, Dia Tuhan yang sama dari dahulu sekarang dan selama-lamanya.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dengan hati yang bersyukur kerana memiliki Engkau dalam hidup ini, oleh kerana Engkau saya ada harapan dan dan dapat mengatasi setiap cabaran dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Commentaires