
1 Samuel 28:16-20 (AVB)
Kata Samuel, “Mengapakah pula engkau bertanya kepadaku walhal TUHAN juga telah menjauhi kamu dan telah menjadi musuhmu? TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya dengan perantaraan aku. TUHAN telah merentap kerajaan itu daripada tanganmu dan mengurniakannya kepada orang lain, iaitu kepada Daud. Kerana engkau tidak mematuhi TUHAN dan tidak melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala terhadap Amalek, maka inilah yang dilakukan TUHAN terhadap engkau pada hari ini. TUHAN akan menyerahkan orang Israel dan juga engkau ke dalam tangan orang Filistin. Esok engkau dan anak-anakmu akan ada bersama-samaku. TUHAN pun akan menyerahkan pasukan orang Israel ke dalam tangan orang Filistin.” Lantas jatuhlah Saul terjerembap ke tanah dalam ketakutan yang amat sangat kerana kata-kata Samuel itu. Tidak ada kekuatan lagi padanya kerana dia tidak makan apa-apa pun sepanjang siang dan sepanjang malam itu.
Pengajaran/ Refleksi.
Dua perkara yang terjadi kepada orang yang tidak mentaati Firman Tuhan yang terjadi kepada Raja Saul.
1. Tuhan sudah meninggalkan Raja Saul dan telah menjadi musuh Allah, walaupun pada mulanya TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya melalui nabi Samuel.
2. TUHAN sudah mengambil kerajaan pemerintahannya, lalu memberikannya kepada Daud, seorang yang telah dipilih TUHAN sebagai penggantinya.
Hal itu berlaku kepada Raja Saul kerana dia tidak mentaati Firman Tuhan. Saya berharap hal ini tidak berlaku kepada setiap kita. Makanya kita harus mentaati Firman Tuhan sepanjang hidup kita. Berikan kami roh ketaatan ya Tuhan dalam setiap hidup kami anak-anak-Mu.
Halleluya dan amin!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
留言