“..TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa..”.....” Maz 23:1-3
Didalam ayat (2-3, 5) pemazmur menceritakan tentang pengalaman peribadinya bersama-sama dengan Tuhan sebagai gembala hidupnya, iaitu tentang hal-hal yang baik, yang telah dikerjakan oleh Allah didalam kehidupanya secara peribadi.
Oleh kerana Tuhan, gembala bagi hidupnya maka segala keperluan hidupnya sentiasa dipenuhi oleh Tuhan, sehingga dia tidak ada apa-apa pun kekurangan didalam hidupnya. Sebab Tuhan memenuhi segala apa yang dia perlukan.
Dimana Tuhan akan membaringkan dirinya di atas rumput hijau dan menuntun dirinya sepanjang anak sungai yang tenang airnya, memulihkan keadaan dirinya, dan menolong dirinya untuk melakukan apa yang benar dan yang memuliakan Dia.
Disamping itu Tuhan juga memberikan dirinya kekuatan yang baru sentiasa dengan membimbing dirinya ke jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Walaupun dia melalui tempat yang gelap gelita, namun dia tidak takut, sebab Dia berserta dengannya dan sentiasa melindungi dirinya.
Oleh itu kita tidak perlu takut terhadap apa pun yang kita akan hadapi didalam kehidupan kita pada hari ini sebab Tuhan adalah gembala hidup kita, dan Dia berjanji untuk menjaga dan memelihara hidup kita.
Pertanyaan bagi diri secara peribadi hari ini, Siapakah gembala hidup anda pada hari ini? apakah Yesus menjadi gembala hidup anda pada hari ini?
Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kerana menjadi gembala bagi kehidupan saya, saya berterima kasih kerana menjaga dan memlihara kehidupan saya. Oleh kerana kehadiran mu dalam hidup saya, ketenang saya alami. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments