Pemazmur berkata kepada kita bahawa cintanya akan perintah Tuhan "...lebih daripada emas, lebih daripada emas murni. Oleh itu dia mengikut segala peraturan Tuhan; oleh itu dia benci akan segala perbuatan yang salah..." Mazmur 119:127-128.
Hal ini bercerita kepada kita bahawa pemazmur lebih mengasihi perintah Tuhan daripada wangnya (lebih daripada emas). Bagi dirinya, benda dunia ini tidak sekali-kali dapat menawan dan menarik hatinya. Apa yang menarik hatinya adalah "...perintah Tuhan..."
Pada zaman ini, emas merupakan benda yang indah di mata semua orang, benda yang digemari oleh semua orang untuk dimiliki. Sehingga banyak orang sanggup untuk mempertaruhkan nyawa mereka untuk memperolehi emas daripada Tuhan.
Namun bagi pemazmur, yang sangat berharga bagi hidupnya hanyalah Firman Tuhan yang dapat memenuhi segala keperluan dalam hidupnya, dibanding dengan kekayaan dunia ini. Sebab firman Tuhan boleh memperkaya jiwanya dengan hikmat, sukacita dan damai.
Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Apakah yang anda lebih kasihi dalam hidup anda selama ini? Apakah anda lebih mengasihi "...Firman Tuhan atau Kekayaan dunia..."?
Mencintai Firman Tuhan akan menundang berkat kepada hidup kita, mencintai dunia ini akan memimpin kita kepada kebinasaan...
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kepadaMu pertolongan agar saya mengasihiMu lebih daripada hal-hal dunia ini. Biarlah kasih saya kepadaMu lebih besar daripada dunia ini, dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments