top of page

Aku Menyanyi Tentang Kesetiaan dan Keadilan


“…Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan, aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN...” Mazmur 101:1


Mazmur ini menceritakan tentang jiwa seorang yang sungguh-sungguh benar menjalani kehidupannya berkenaan di hati Tuhan. Bagaimana dia memerintah dengan baik dari sebuah istana atau bagaimana dia memelihara kebajikan dan kesucian hidupnya didalam menjalankan tanggungjawabnya.


Selain itu mazmur ini juga mengajar semua orang yang menduduki tempat kekuasaan pemerintahan atau posisi yang tertentu, apa tugas itu besar atau kecil, mereka harus menjalankan atau menggunakan tanggungjawab mereka dengan adil dan setia dihadapan Tuhan.


Dengan itu pemazmur didalam mazmur ini memperingatkan semua orang yang memimpin ataupun mereka yang dipimpin atau yang mengajar, agar mereka mempergiatkan diri mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sesuai dengan kehendak Tuhan.


Sekiranya mereka menggunakan kekuasaan mereka dengan berlaku bijak terhadap semua orang yang dipimpin mereka dengan menjalankan kehidupan yang tidak bercela dan kehidupan yang tulus hati di hadapan Tuhan maka Tuhan akan memberkati dan menolong mereka.


Oleh itu kita harus memiliki sikap yang seperti pemazmur katakan didalam mazmur ini dengan bernyanyi tentang kasih setia dan keadilan TUHAN. Dia menyanyikan puji-pujian bagi Tuhan oleh kerana kehidupannya yang berkenaan dihadapan Tuhan.


Dengan itu marilah kita menjaga kehidupan kita berkenaan dihadapan Tuhan, dengan menyanyikan tentang kesetiaan dan keadilan Tuhan. Sebab Tuhan itu sangat baik dan berkenaan kepada mereka yang hidup benar dihadapanNya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya hati yang jujur dan bersih dihadapanMu, agar saya untuk terus menyanyikan tentang kesetiaan dan keadilanMu setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page