Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN; Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. Maz 16:8
Pemazmur berkata bahawa dia sentiasa sedar akan hadirat TUHAN bersama dengannya, hal itu bermakna bahawa pemazmur sentiasa ingat akan TUHAN bersamanya, atau dia sentiasa memandang kepada TUHAN atau dia sentiasa menempatkan TUHAN di hadapannya atau dia sentiasa memikirkanNya
Oleh kerana dia sentiasa hidup dekat dengan Tuhan maka tidak ada apa-apa pun yang dapat mengalahkannya. Sehingga hati dan rohnya sentiasa bersukacita, bahkan tubuhnya akan hidup dengan selamat dan aman.
Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, apabila kita sentiasa ingat akan Tuhan bersama dengan kita maka hati kita akan bersukacita dan jiwa kita akan bersorak-sorak, bahkan tubuh kita akan beristirahat dengan dengan tenteram.
Apakah yang menyebabkan diri kita pada hari ini tidak sedar akan hadirat Tuhan sentiasa bersama dengan kita? Apak yang menyebabkan kita tidak ingat akan Tuhan sentiasa bersama dengan kita.
Apabila kita menempatkan Tuhan sentiasa dihadapan kita maka hati kita akanmenjadi tenang dan aman.
Doa: Bapa yang di surga, saya beterima kasih kepadaMu sebab Engkau sentiasa bersama-sama dengan saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin
Comentários