“... Aku yakin kepada-Mu, ya Allah! Aku akan menyanyi dan memuji Engkau! Bangunlah, hai jiwaku!..” Mazmur 108:2
Pemazmur berkata kepada kita tentang kemenangan yang dialami oleh umat Tuhan oleh kerana kekuatan Tuhan yang campurtangan didalam menolong mereka. Bagaimana mereka boleh melakukan banyak perkara-perkara yang luarbiasa oleh kerana campurtangan Tuhan dalam hidup mereka.
Oleh kerana pemgalaman yang dialami oleh umat Tuhan dengan campurtangan Tuhan didalam melakukan perkara-perkara yang besar, maka hal ini telah menyebabkan umat Tuhan untuk memiliki keyakinn yang sangat dalam pada umat Tuhan, sehingga mereka mahu menyanyi dan memuji Dia.
Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, pengalaman kita bersama-sama dengan Tuhan didalam melakukan banyak perkara-perkara yang besar akan mendorong kita untuk lebih beryakinan dengan penyertaan dan kuasa Tuhan.
Pengalaman bersama Tuhan dalam melakukan hal-hal yang besar akan menyebabkan hati kita akan bebas daripada kekuatiran dan keraguan. Dengan itu kita harus membiarkan Roh Tuhan untuk menggunakan hidup kita melakukan segala perkara dalam hidup kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan seluruh hidup saya ke dalam tanganMu, pakailah hidup saya untuk kemuliaan namaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments