“…Aku mengakui kesalahanku; aku sentiasa sedar akan dosaku. Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat.…” Mazmur 51:5-6
Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia sedar akan pelanggaran-pelangarannya terhadap perintah Tuhan, oleh itu dia mengakui segala perbuatannya yang memalukan nama Tuhan, sebab semuanya sentiasa menghantui dirinya siang dan malam.
Dengan itu dia datang kepada Tuhan mengakui semua pelanggaran-pelanggaranya, sebab semuanya sentiasa membuat dirinya mengingatnya. Apakah dosa yang sentiasa menyebabkan pemazmur merasa terus terganggu dalam hidupnya?
Pada saat ini pemazmur telah terlibat dalam dosa perzinaan dengan isteria Uria penglima tenteranya, dan pembunuhan Uria. Oleh kerana dosa ini maka hati pemazmur menjadi tidak tenteram atau tidak merasa aman.
Oleh kerana kesan dosa maka pemazamur menderita secara rohaninya, dia tertekan dan terganggu. Untuk mengalami kebebasan dirinya daripada rasa tidak aman dan tenteram, pemazmur perlu mengakui perbuatannya dihadapan Tuhan.
Dengan mengakui dosanya dihadapan Tuhan maka Dia yang setia dan adil akan mengampuni dosa-dosanya dan membersihkannya daripada semua kejahatan. sebab Dia adalah Tuhan yang penuh dengan kasih akan mengampuninya.
Apakah dosa yang selama ini menghantui dirimu selama ini? mari datang kepada Tuhan, Dia Tuhan yang penuh dengan kasih mengampuni dan membersihkanmu daripada dosamu. Sebab mengakui dosa, menyebabkan Tuhan mengampuni kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengakui dosa saya dihadapanMu, ampunilah dan bersihkanlah dosa-dosa saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Коментарі