1 Samuel 2:22-25 (BM)
Eli sudah sangat tua. Dia selalu mendengar aduan tentang perbuatan anak-anaknya terhadap umat Israel. Eli tahu juga bahawa anak-anaknya itu meniduri perempuan-perempuan yang bertugas di pintu Khemah TUHAN. Oleh itu Eli berkata kepada anak-anaknya, "Aku sudah diberitahu oleh setiap orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu melakukan hal itu? Jangan berbuat begitu lagi, hai anak-anakku. Sangat buruk perkara yang dikatakan oleh umat TUHAN tentang kamu. Jika seseorang berdosa terhadap manusia, Allah dapat membelanya; tetapi jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, siapakah yang dapat membelanya?" Tetapi anak-anak Eli itu tidak mempedulikan nasihat bapa mereka, kerana TUHAN sudah mengambil keputusan untuk membinasakan mereka.
Pengajaran/Refleksi
Eli menegur atau menasihati anak-anaknya tentang perbuatan mereka yang jahat. Dia berkata, "Mengapa kamu melakukan hal itu?"
Tinggalkan segala perbuatanmu yang jahat itu, sebab jika seseorang berdosa terhadap manusia, Allah dapat membelanya; tetapi jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, siapakah yang dapat membelanya?"
Jangan berdosa terhadap TUHAN sebab, tidak ada yang dapat membelanya! Mereka yang tidak bertaubat pasti akan binasa.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya tidak berdosa terhadap Engkau. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments