“…Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia....” Mazmur 86:15
Panggilan pemazmur terhadap Tuhan adalah “...Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia..”. panggilan ini merujuk kepada sifat-sifat peribadi Tuhan yang disembah oleh pemazmur.
Pemazmur mengenal Tuhan secara peribadi menurut sifat-sifat pribadi Tuhan iaitu “..pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia..”. sifat-sifat peribadi Tuhan ini di buktikan melalui pekerjaan-pekerjaanNya di sepanjang hidup pemazmur.
Pekerjaan Tuhan sepanjang hidup pemazmur telah menyebabkan dia memanggil Tuhan itu sebagai “..pengasih dan penyayang..” kerana Dia adalah Tuhan yang penuh dengan berbelaskasihan dan kemurahan hati, panjang sabar dan penuh dengan kelimpahan kasih setia dan kebenaran.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, siapakah Tuhan itu bagi diri anda pada hari ini? Apakah Dia Tuhan yang pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia bagi diri anda hari ini?
Mari renungkan peribadi diri kita dan Tuhan di sepanjang perjalanan kehidupan kita pada hari ini….siapakah Tuhan dalam hidup anda? Mengenal peribadi Tuhan didalam hidup kita akan menyebabkan kita mengasihiNya dengan sepenuh hati kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu ke atas kebaikanMu dan anugarahMu didalam kehidupan saya selama ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentários