top of page

Sekali Diselamat Sentiasa Diselamat?






Adakah seorang Kristian yang diselamatkan sekali bermakna dia akan sentiasa terselamat? Apabila seseorang mengenali Kristus sebagai penyelamat, mereka menjalin satu hubungan dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan mereka yang kekal abadi. Banyak perenggan di dalam Kitab Injil yang mengumumkan fakta ini. (a) Roma 8:30 menyatakan bahawa, “Begitulah Allah memanggil mereka yang telah ditetapkan-Nya dari dahulu; Allah membolehkan mereka yang dipanggil-Nya itu berbaik semula dengan Dia, dan Allah memberikan sebahagian daripada kemuliaan-Nya kepada mereka yang dibolehkan-Nya berbaik semula dengan Dia”. Ayat tersebut memberitahu kita bahawa ketika Tuhan memilih kita, maka adalah seperti kita diberi kemuliaan bersamanya di syurga. Tiada sebarang benda yang boleh menghalang seseorang yang percaya kepada Tuhan daripada mendapat kemuliaan jika Tuhan sudah menentukannya di syurga. Apabila seseorang dianggap sempurna oleh Tuhan, maka penyelamatannya dijamin akan kekal – dia telah terselamat bagai telah berada di dalam kemuliaan syurga.


(b) Paulus juga bertanya soalan yang kritikal di dalam Roma 8:33-34, “Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tidak seorang pun, Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah”. Siapa yang boleh menuduh orang yang dipilih oleh Tuhan? Tiada sesiapa kerana Yesus ialah penyelamat kita. Siapa yang boleh mengatakan kita berdosa? Tiada sesiapa, kerana Kristus, sudah mati untuk kita, Dia yang mengadili kita. Kita mempunyai pengadil dan penyelamat sebagai Tuan kita.


(c) Penganut dilahirkan semula (diperbaharui) semasa mereka percaya (Yohanes 3:3; Titus 3:5). Bagi seorang Kristian yang kehilangan penyelamatannya, dia mesti telah mengalami proses yang bertentangan dengan pembaharuan. Kitab Injil tidak menyatakan bahawa kelahiran semula boleh diambil alih. (d) Roh Kudus hidup di dalam semua penganut (Yohanes 14:17; Roma 8:9) dan membaptis mereka menjadi Badan Kristus (1 Korintus 12:13). Seorang penganut hanya akan menjadi tidak terselamat apabila dia ditinggalkan oleh Roh Kudus dan terpisah daripada Badan Kristus. (e) Yohanes 3:15 mengatakan bahawa barang sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan mempunyai “kehidupan abadi”. Jika kamu percaya kepada Kristus hari ini dan kehilangannya esok, maka ini bukan abadi lagi. Jika kamu boleh kehilangan kehidupan abadi, maka janji-janji di dalam Kitab Injil adalah tidak benar.


(f) Sebagai kesimpulannya, saya rasa Kitab Injil betul apabila menyatakan bahawa, “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.” (Roma 8:38-39). Ingat bahawa Tuhan yang menyelamatkan kamu ialah Tuhan yang melindungi kamu. Sekali diselamatkan bermakna sentiasa terselamat. Penyelamatan kita akan berkekalan sehingga abadi.




1 comentario


AWK
AWK
31 ago 2021

Amen

Me gusta
bottom of page