top of page

Apa Yang Anda Lakukan Kepada Orang Lain, Itu Juga Orang Akan Lakukan Kepada Anda

Teks

Hakim-Hakim 9:16, 22-24 (BM)

"Ingatlah baik-baik," Yotam meneruskan lagi, "Adakah kamu tulus hati ketika kamu menabalkan Abimelekh menjadi raja? Adakah kamu menghormati Gideon dan memperlakukan keluarganya dengan sepatutnya kerana jasanya? Abimelekh memerintah Israel selama tiga tahun. Selepas itu TUHAN menimbulkan permusuhan antara Abimelekh dengan penduduk Sikhem, sehingga mereka memberontak terhadap Abimelekh. Hal itu berlaku supaya terbalas kejahatan Abimelekh dan penduduk Sikhem yang menghasut dia membunuh tujuh puluh orang anak lelaki Gideon."


Pengajaran/Refleksi

Abimelekh menabalkan diri menjadi raja dengan cara yang tidak tulus hati iaitu dengan membunuh tujuh puluh anak Gideon. Maka dengan itu, pemerintahannya hanya 3 tahun lamanya. TUHAN menimbulkan permusuhan antara Abimelekh dengan penduduk Sikhem, sehingga mereka memberontak terhadap dia. Pemerintahannya hanya sekejap saja kerana tidak tulus.


Apa yang kita lakukan kepada orang lain, akan orang lakukan juga kepada kita. Maka itu, lakukan perkara yang baik, supaya kamu menerima kebaikan daripada TUHAN.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page