Hakim-Hakim 1:6-7 (BM)
Raja Adoni-Bezek melarikan diri, tetapi mereka mengejar dan menangkap baginda. Mereka memotong ibu jari tangan dan ibu jari kakinya. Raja Adoni-Bezek bertitah, "Dahulu beta memotong ibu jari tangan dan ibu jari kaki tujuh puluh orang raja, dan mereka memungut sisa makanan di bawah meja beta. Sekarang Allah memperlakukan beta seperti beta memperlakukan mereka." Kemudian Raja Adoni-Bezek dibawa ke Yerusalem, lalu baginda mangkat di sana.
Pengajaran/Refleksi
Firman TUHAN ini lebih kurang sama dengan hukum tabur dan tuai. Apa yang kita tabur atau tanam, itu juga yang akan kita tuai (Galatia 6:7; Amsal 22:8a).
Ini memperingatkan kita supaya senantiasa berbuat baik kepada satu sama yang lain, supaya suatu masa nanti kita akan menerima segala sesuatu yang baik dan mulia.
KITA MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN KERANA KITA MELAKUKANNYA UNTUK TUHAN BUKAN UNTUK MANUSIA DAN KITA BERBUAT BAIK KERANA IA ADALAH PERINTAH TUHAN.(KOLESE 3:23) JANGAN JEMU-JEMU BERBUAT BAIK. (2 TES 3:13; GAL 6:9)
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Ajar kami untuk melakukan segala perbuatan yang baik. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen.
Rev. Ali Langgit
Comments