top of page

Apa yang Telah Terjadi Pada Neraka?



'Kepala Efraim ialah Samaria,

dan kepala Samaria ialah anak Remalya.

Jika kamu tidak percaya,

maka tentu kamu tidak akan kekal teguh.

Yesaya 7:1-9, v.9


Renungan:


Bersisa satu hari lagi kita akan merenungkan pemandangan yang ada di hadapan kita ketika tirai tahun yang baru terbuka. Yesus, seperti yang kita perhatikan, telah ditempatkan di sebuah makam bersama dengan dewa-dewa lain. Penginjilan sedang ditentang, dan kebenaran diserang tidak seperti sebelum ini. Watak Kristian dalam filem dan sinetron adalah stereotaip (tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri asli) yang tidak relevan. Teori-teori kritikal, seperti kuasa Kitab Suci, sedang dikikis, tidak hanya dilakukan oleh orang-orang di luar gereja tetapi juga oleh orang-orang di dalam gereja.


Mengambil neraka sebagai topik, contohnya. John Blanchard, di dalam buku beliau bertajuk Whatever Happened to Hell?, mencatat kejadian ini: ‘Ketika Martin Marty, seorang profesor di University of Chicago Divinity School, sedang mempersiapkan pelajaran Harvard tentang topik neraka, beliau meneliti indeks beberapa jurnal ilmiah dalam tempoh seratus tahun dan gagal menemui satu entri.’ Kesimpulannya ialah, neraka telah hilang dan tidak ada yang memperhatikannya. Walaupun dia dikecam hebat kerana berbuat demikian, C.S. Lewis mengambil pendirian Alkitabiah mengenai perkara tentang neraka. Dia menulis: ‘Saya dengan rela hati percaya bahawa orang yang terkutuk itu, dalam satu segi, berjaya, memberontak hingga akhir; bahawa pintu neraka itu terkunci di dalam (penekanan saya).


Topik neraka mungkin boleh ditiadakan dari banyak mimbar hari ini, tetapi ia tidak dikecualikan daripada Alkitab. Bagaimana pula dengan syurga? Topik syurga tidak begitu hilang tetapi masih diperluaskan - diperluaskan merangkumi semua orang yang sudah mati, sama ada mereka mempunyai hubungan peribadi dengan Kristus atau tidak.


Mengingat apa yang saya sudah katakan sejak beberapa hari yang lalu - dan hanya membaca sepintas - adalah menjadi kewajiban kita untuk berpegang dan berdiri teguh dan siap untuk dipercayai.


Ayat Rujukan:

Lukas 13:1-5; 16:19-31


Doa:

Ya Bapa, saya hidup di dalam dunia yang secara umumnya bertentangan dengan-Mu dan perintah-Mu. Tolonglah saya untuk tetap bersedia berdiri untuk-Mu, tidak mengira apapun akibatnya. Saya tahu saya boleh bergantung kepada-Mu. Semoga Engkau dapat mengharapkan saya untuk melakukan perintah-Mu. Amin.


Rev. Gerawat Maran


Comments


bottom of page