Bacaan Alkitab: Ayub 8-17
Ramai orang kehilangan orang tersayang, pekerjaan, perniagaan dan kekayaan semasa pandemik yang lalu dan ramai yang terkesan akibat banjir. Sesungguhnya beberapa tahun kebelakangan ini adalah tahun yang mencabar dengan begitu banyak penderitaan dan kesakitan. Namun perkara yang paling buruk yang boleh berlaku kepada orang yang beriman bukanlah tentang kehilangan harta kita di dunia tetapi sebaliknya apabila Tuhan berdiam diri. Tidak dicatatkan berapa lama Ayub terpaksa mengikis badannya dengan pecahan tembikar dan bersabar dengan rakan-rakannya tetapi syurga senyap untuk beberapa tempoh masa.
Seperti Ayub, ramai yang mempersoalkan Tuhan. Pada ketika ini sama ada Tuhan tetap Tuhan atau sebaliknya. Ayub ingin berdebat dengan Tuhan. Tidak kira betapa dia telah menderita secara fizikal atau mental, dia masih boleh mengisytiharkan bahawa dia akan dibela (Ayub 13), tetapi ia adalah perjalanan yang sukar di mana kesakitan dan penderitaan tidak hilang serta-merta.
Dalam setiap peperangan rohani, karakter kita sedang diuji. Walaupun musuh mahu kita menyerah, Tuhan mahu kita menemui semula lebih banyak tentang Dia dalam situasi yang paling sukar. Semakin kita berserah kepada-Nya, semakin bertumbuh iman kita. Berserah adalah tentang melepaskan hak kita kepada Dia yang mengetahui kesudahannya sejak awal. Musuh menggunakan keraguan, tetapi kita mempunyai perisai iman. Dengan iman, kita menyerahkan segala- galanya kerana mengetahui Dia akan membela, memulihkan dan membina semula kehidupan dan negara kita semula. Mewarisi janji Tuhan melalui kesabaran dan iman. (Ibrani 6:12)
Doa:
Tuhan Yesus, ketika kami merenungkan kehidupan Ayub, kami mendapat harapan ketika dalam kesakitan dan kesusahan kami. Engkau meruntuhkan beberapa bahagian dalam kehidupan kami atau bahkan negara kami, tetapi Engkau membinanya semula dalam masa-Mu. Bantulah kami agar benar-benar memahami Firman-Mu walaupun kami mengucapkan, “Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.” Amin!
Nicole Tang, NECF
Comments