top of page

Apabila Tuhan Berkata "Tidak"


Walaupun Tuhan berkata "tidak"


Kepada hubungan itu,

Kepada kerjaya itu,

Kepada impian itu,

kepada rancangan itu,

dan kepada doa yang telah dipanjatkan.


Saya tahu ia menyakitkan. Saya tahu anda mungkin tertanya-tanya—jika Tuhan itu baik, mengapa Dia membiarkan hal ini terjadi? Saya tahu, jauh di lubuk hati dan fikiran anda, ada pergumulan yang berat.


Tetapi ketahuilah, "tidak" daripada Tuhan tetap merupakan suatu berkat.


Saya bersyukur untuk pintu yang tertutup kerana ia adalah perlindungan-Nya untuk saya. Walaupun terasa pedih, ada penolakan dan kekecewaan, saya masih boleh melihat ke belakang dan bersyukur kerana semuanya harus terjadi demikian.


Saya adalah siapa saya pada hari ini kerana jawaban "tidak" daripada Tuhan. Saya menjadi diri saya pada hari ini kerana jawaban "tidak" daripada Tuhan. Ia membentuk saya untuk bertumbuh. Berkali-kali saya telah menyaksikan kesetiaan dan kebaikan Tuhan—jadi mengapa saya harus meragui-Nya sekarang?


Dia setia kepada janji-Nya, dan Dia mempunyai janji yang kukuh untuk saya pegang. "Tidak" Tuhan itu bermaksud Dia sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik.


Jemimah Ramos

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page