Ya, persoalannya ialah apakah kita berpusat kepada Tuhan atau berpusat kepada diri ?
“Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.” (Filipi 4:6-7 AVB)
Apakah yang menjadi pusat kehidupan kita ? Di dalam perkataan lain, untuk apakah yang akan kita hidup. Kita mempunyai banyak pilihan. Kita boleh memusatkan kehidupan kita dengan kerjaya kita, sukan, hobi, mencari duit atau hanya bersuka-ria. Memang tidak ada yang salah berkenaan dengan kegiatan di atas, tetapi semua itu adalah pusat yang tidak menguntungkan. Kita memerlukan pusat yang tidak boleh bertukar dan tetap, sesuatu yang tidak boleh diambil daripada kita.
Kerja boleh diambil daripada kita. Sukan boleh diambil daripada kita. Hobi boleh diambil daripada kita. Duit boleh diambil daripada kita. Sukaria boleh diambil daripada kita. Sebab itu, adalah penting untuk kita berpusat kepada sesuatu yang stabil dan tidak boleh berubah. Sesuatu yang “secure” atau selamat dan tidak berubah.
Hanya satu yang boleh kita jadikan pusat di dalam hidup kita, yang tidak akan berubah dan teguh di dalam kita mengharungi kehidupan dan pekerjaan di marketplace kita, ialah Yesus Kristus.
Kita lihat kepada bangunan-bangunan di bandar. Jikalau teras banggunan, tidak kuat, bangunan akan runtuh. Sama juga dengan kehidupan kita. Jikalau teras kehidupan kita tidak kuat, kita akan terumbang-ambik dengan tekanan di tempat kerja. Hidup kita akan hancur.
Alkitab menyatakan bahawa di dalam Filipi 4:6-7 supaya kita jangan bimbang apa pun …. Dan kita memusatkan hati dan fikiran kita kepada Kristus.
Salah satu perkara yang kita tahu bahawa Yesus adalah pusat kehidupan kita ialah kita tidak ada “kebimbangan” di dalam hidup kita. Setiap kali, kita dengan cepat bimbang, ini adalah tanda amaran merah yang menyatakan bahawa “kita telah membiarkan seseorang atau sesuatu menjadi pusat tumpuan kita”. Jikalau kita memusatkan perhatian kita kepada manusia atau benda, ia akan luput satu hari nanti. Jikalau kita memusatkan Kristus, hidup kita adalah kurang dengan kebimbangan.
Jadi, apakah pusat perhatian kita di tempat pekerjaan kita. Boss kita? Dateline kita? Gaji kita? Pendapatan kita? Promotion kita? Rakan seperkerja kita?
Apa yang paling utama di dalam fikiran kita? Apakah keutamaan kita? Jika kita menjalani kehidupan yang berpusatkan Yesus, apakah perubahan yang orang lain akan perhatikan di dalam diri kita?
Kesimpulan, jikalau Yesus menjadi pusat, kita akan diberkati.
Comments