top of page

Apakah Kita Mempunyai Pemikiran (Mindset) Berkurangan atau Berkelimpahan?



“Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.”

(‭‭Mazmur‬ ‭23‬:‭5‬-‭6‬ ‭AVB‬‬)


Apakah hidup kita berkelimpahan? Kita yang hidup dengan penuh kalendar kita, berbelanja lebih, melebihi banyak kredit, bekerja dengan terlalu banyak dsb. Oleh itu, kita hidup dengan penuh tekanan dan tidak mengalami kebaikan Tuhan dalam hidup kita.


Kebenarannya, ialah kita tidak akan hilang apa-apa pun jikalau kita hidup di dalam kebaikan Tuhan dan pembekalan Tuhan.


Tuhan mahu kita maju dari penuh tekanan kepada hidup yang berkelimpahan kebaikannya. Tuhan mahu memenuhi setiap keperluan kita.


Pertama kalinya, kita harus mengetahui ada dua cara yang akan menentukan kita hidup kurang atau berkelimpahan : iaitu pemikiran (mindset) yang berkurangan atau berkelimpahan.

Pemikiran yang berkurangan (shortage mindset) akan mengakibatkan kita sentiasa berfikir :

  • Saya tidak mempunyai masa yang cukup

  • Saya tidak mempunyai wang yang cukup.

  • Saya tidak mempunyai tenaga yang cukup.

  • Saya tidak mempunyai "contact" yang cukup, peluang yang cukup, pendidikan yang cukup, pengetahuan yang cukup dsb.

Pemikiran yang kurang akan selalu fokus kepada sumber yang kekurangan dan akibatnya adalah hidup yang penuh dengan tekanan.


Di tempat kerja kita, apabila kita mempunyai pemikiran kekurangan, kita akan mengatakan bahawa kita tidak mampu, kita tidak mempunyai “resources”, kita tidak mempunyai budget yang cukup, kita tidak mempunyai pekerja yang mahir, kita tidak mempunyai alat yang sesuai dsb. Kita melihat masalah di hadapan kita sebagai sesuatu yang tidak boleh diatasi. Kita akan selalu bersungut dengan segala jenis kekurangan.


Pemikiran yang berkelimpahan fokus kepada sumber Tuhan yang berkelimpahan, dan akibatnya ialah hidup yang berlimpah-limpah.


Contohnya, apakah kita risau, jiran di sebelah kita akan menggunakan udara untuk bernafas dan oleh itu, kita tidak akan cukup untuk bernafas dengan udara di sekeliling kita. Tentu tidak kan? Kita tahu Tuhan mempunyai udara yang cukup untuk semua orang di muka bumi ini, termasuk tumbuh-tumbuhan.


“Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.”

(Yohanes 10:10 AVB)


“Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.”

(‭‭Mazmur‬ ‭23‬:‭5‬-‭6‬ ‭AVB‬‬)


Renungan:

  • Apakah perspektif atau emosi yang mencerminkan pemikiran kekurangan?

  • Bagaimana pemikiran yang berkelimpahan akan mengakibatkan hidup yang penuh kedamaian?

  • Apakah kita selalu bimbang atau kita fokus kepada berkat Tuhan yang berkelimpahan?


Hidup yang berkelimpahan bermula dengan Yesus Kristus. Dan jikalau kita mahu menerima Yesus, kita klik link ini : https://www.komuniti-digital.com/mengenal-yesus


Comentários


bottom of page