top of page

Apakah Maksud Maleakhi 3:1?




Maleakhi 3:1 bermula dengan janji Allah tentang seorang utusan untuk masa hadapan, sesuatu yang sangat penting di dalam rancangan Allah.


Maleakhi 3:1 "Lihat, Aku menghantar utusan-Ku dan dia akan menyediakan jalan bagi-Ku. Kemudian dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari itu akan hadir di Bait Suci-Nya lalu utusan perjanjian yang kamu kehendaki itu akan datang," demikianlah firman Tuhan alam semesta.


Nubuatan ini menerangkan tentang kedatangan Mesias (Messiah) yang akan didahului oleh seorang utusan terlebih dahulu. Maleakhi memberi nubuatan tentang seorang individu yang akan datang.


Di dalam Maleakhi 4:5 Sesungguhnya, Aku akan mengutus kepadamu Nabi Elia, sebelum tiba hari Tuhan yang besar dan dahsyat itu., Alkitab menyatakan bahawa bahawa, seorang tersebut adalah Nabi Elia.


Mungkin ini akan mengelirukan sedikit. Mari kita teruskan dengan penerangan ini. Perjanjian Baru menunjukkan kepada kita bagaimana nubuatan ini dapat dipenuhi.


Injil Markus, bermula dengan mendeklarasikan bahawa Yohanes Pembaptis adalah utusannya. (Markus 1:2-4, Yesaya 40:3-5, Lukas 1:17; 7:27).


Di dalam Injil Matius, jelas ia menyatakan bahawa Yohanes adalah Elia yang telah dinubuatkan kedatangannya.


Matius 11:13-14 Kerana semua nabi termasuk Musa dengan Taurat bernubuat hingga datangnya Yohanes. Sekiranya kamu mahu percaya akan perkhabaran mereka, Yohanes itulah Elia yang telah dinubuatkan kedatangannya.


Di dalam Matius 17 pula, semasa Yesus dimuliakan di gunung (transfiguration) dan bertemu dengan Musa dan Elia. Petrus, Yakobus dan Yohanes yang telah melihat apa yang terjadi, bertanya kepada Yesus selepas itu. Yesus sekali lagi berkata kepada mereka bahawa Yohanes pembaptis adalah Elia yang ditunggu-tunggu.


Matius 17:12-13 Tetapi sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Elia sudah pun datang tetapi orang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hati kepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepada Anak Manusia." Ketika itu barulah para murid Yesus faham bahawa yang dimaksudkan-Nya ialah Yohanes Pembaptis.


Juga di dalam mengisiharkan kelahiran Yohanes pembaptis kepada Zakharia, Lukas 1:16-17 Dia akan mengembalikan ramai orang Israel kepada Tuhan, Allah mereka, dan dia akan melangkah di hadapan Tuhan dengan roh dan kuasa Elia untuk mendamaikan hati bapa dengan anak dan mengembalikan orang ingkar kepada kebijaksanaan orang yang benar, supaya menyediakan suatu kaum yang bersiap sedia bagi Tuhan."


Alkitab menyatakan bahawa Yohanes Pembaptis akan melangkah di hadapan Tuhan dengan roh dan kuasa Elia.


Jadi kesimpulannya, utusan yang dinyatakan di dalam Maleakhi 3:1 adalah Yohanes Pembaptis yang akan mendahului Yesus. Dialah yang akan membuka dan menyediakan jalan untuk Mesias yang akan datang selepasnya. Yesus Kristus yang akan menjadi korban untuk semua.


Yohanes 14:6 Yesus menjawab, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.”


Bagaimana kita boleh kita boleh mengenal Yesus secara peribadi? Rujuk kepada artikel “Bagaimana Mengenal Yesus Secara Peribadi”


Yorumlar


bottom of page