top of page

Apakah Melancap Itu Dosa?




Kitab Injil tidak menerangkan dengan jelas tentang melancap dan juga tidak mengatakan bahawa melancap ialah satu dosa. Bukan susah untuk kita mempertimbangkan samada melancap itu suatu dosa. Melancap adalah akibat fikiran yang lucah, stimulasi seks dan/atau imej lucah. Semua ini adalah masalah yang patut diselesaikan. Jika masalah nafsu lucah dan pornografi dapat diselesaikan, maka masalah melancap akan dapat diatasi juga.


Kitab Injil menasihati kita supaya mengelakkan kejatuhan akhlak yang berkaitan dengan seks (Efesus 5:3). Tidak mungkin melancap boleh lulus ujian itu. Adakah sesuatu perbuatan itu merupakan dosa atau tidak boleh diketahui apabila kamu bertanya kepada diri sendiri samada kamu sudi memberitahu orang lain bahawa kamu telah melakukannya? Jika kamu berasa malu maka perbuatan itu besar kemungkinan ialah dosa. Satu cara lain yang boleh menentukan jawapan ini adalah apabila kamu bertanya dengan jujur samada Tuhan akan bersetuju dengan perbuatan kamu itu? Tidak mungkin melancap ialah suatu perbuatan yang boleh kita banggakan dan berterima kasih kepada Tuhan kerananya.


Kitab Injil mengajar kita, “Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.”(1 Korintus 10:31). Jika tiada alasan menunjukkan sesuatu perbuatan itu boleh memuaskan Tuhan maka perbuatan itu patut dihentikan. Melancap dengan ketara tidak memberi kemuliaan kepada Tuhan. “Perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.” (Roma 14:23). Mengikut ajaran Kitab Injil, tidak ada alasan melancap boleh memuliakan Tuhan. Kita perlu ingat bahawa badan dan roh kita telah ditebus oleh Tuhan dan dimiliki oleh Tuhan. “Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah. Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.” (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini harus menjadi panduan cara kita menggunakan badan kita. Jadi, mengikut prinsipal ini, dengan yakin saya katakan bahawa melancap ialah dosa. Saya tidak percaya melancap boleh memuliakan Tuhan ataupun tidak bercanggah dengan hukum akhlak atau lulus ujian Tuhan yang mempunyai ketuanan ke atas badan kita.


留言


bottom of page