top of page

Apakah Yang Akan Berlaku Selepas Mati?




Soalan mengenai perkara yang akan berlaku selepas mati adalah mengelirukan. Kitab Injil bukan sangat jelas tentang masa seseorang akan menemui takdir muktamadnya. Kitab Injil memberitahu kita bahawa selepas seseorang mati, dia akan diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka bergantung kepada sama ada dia percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat Individu atau tidak? Bagi orang yang percaya kepada Yesus, selepas kematian dia akan meninggalkan badan fizikal ini dan berada bersama dengan Tuhan Yesus (2 Korintus 5:6-8; Filipi 1:23). Untuk mereka yang tidak percaya, selepas kematian mereka akan menerima hukuman abadi di neraka (Lukas 16:22-23).


Hal ini yang mengelirukan kita mengenai perkara yang berlaku selepas mati. Wahyu 20:11-15 menyatakan bahawa mereka yang berada di neraka adalah dicampak ke dalam tasik berapi. Wahyu bab 21-22 menyatakan bahawa terdapat satu Syurga Baru dan Bumi Baru. Oleh itu, nampaknya sebelum kebangkitan terakhir, selepas mati roh manusia akan berada di satu Syurga atau Neraka sementara terlebih dahulu. Takdir muktamad seseorang tidak akan diubah tetapi lokasi takdir akhirnya mungkin akan bertukar. Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang percaya kepada Yesus akan dihantar ke Syurga Baru dan Bumi Baru (Wahyu 21:1). Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang tidak percaya kepada Yesus akan dicampak ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Tempat itulah destinasi terakhir dan abadi untuk semua orang – bergantung sepenuhnya kepada sama ada mereka percaya kepada Yesus untuk mendapat penyelamatan dan pengampunan dosa atau tidak.




Petikan dari www.gotquestions.org

Comments


bottom of page