Mazmur 90:12 (AVB) Oleh itu, ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana.
Efesus 5:15-17 (AVB) 15 Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, 16 dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. 17 Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan.
Membangun kehidupan doa yang konsisten akan memerlukan kita merancang dengan sengaja (intentional). Walaupun kita seharusnya bercakap dengan Tuhan sepanjang hari kita, kita juga harus meluangkan masa di tempat rahsia. Ini memerlukan kita merancang. Memerlukan kita untuk dengan sengaja (intentional) melalukannya.
Jikalau kita tidak melakukannya, kita akan penuh dengan kesibukan hidupan harian dan masalah kita.
Sebahagian daripada membuat keputusan untuk berdoa dengan konsisten adalah untuk kita merancang waktu kita.
Mungkin di dalam satu musim, kita boleh bangun awal pagi untuk berdoa sebelum kita memulaikan kehidupan kita.
Tetapi, mungkin juga untuk musim yang lain, adalah sesuai untuk kita menyediakan masa untuk berdoa pada waktu malam. Tidak ada masalah untuk kita mengubahkan masa untuk musim yang berlainan. Apa yang penting ialah untuk menyediakan waktu harian khusus untuk bersama dengan Tuhan.
Inilah caranya untuk kita mendisiplinkan diri.
Tetapi, juga, berdoa sekerap yang mungkin, bila-bila dan mana-mana yang mungkin.
Jikalau kita boleh berdoa beberapa jam, doalah. Jikalau kita hanya boleh memberikan setengah jam, doalah. Masa yang kita berikan kepada Tuhan adalah satu persembahan yang suci kepada Tuhan.
Lebih kita berdoa, lebih kita akan meningkatkan kerohanian kita. Apabila kita telah biasa dengan doa harian kita bersama dengan Tuhan, ia akan tidak menjadi susah. Malah, ia akan menjadikan kita “jatuh cinta” dengan masa bersama dengan Tuhan. Ia akan menjadi satu keinginan kita yang amat sekali untuk memupuk perhubungan intim dengan Tuhan.
Komuniti Digital
コメント