Mazmur 23:3 Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.
Ada 3 perkara yang boleh kita renungkan hari ini.
#1 : Hidup kita ada banyak bahagian perjalanan.
Teman-teman sekalian, hidup kita adalah terdiri dengan banyak bahagian-bahagian kecil permulaan dan penghabisan. (start and stop).
Dua tahun yang lalu, saya dan keluarga saya sempat mendaki gunung kinabalu.
Kami mempunyai banyak tempat rehat di dalam perjalanan.
Kami memulakan pendakian dan berhenti ke satu tempat.
Kemudian memulakan pendakian kami yang seterusnya …
Di dalam setiap bahagian pendakian,
Pemandangan nya yang berlainan
laluan pendakian berlainan
cabaran dan kesusahan yang berlainan
cuaca yang berlainan. Ada masanya matahari panas dan ada masanya hujan turun.
cerun pendakian berlainan
oxygen level pun berlainan saudara
Orang-orang yang kita temui di dalam perjalanan juga berlainan dan karakternya berlainan
Ini hanyalah metafor yang boleh kita gunakan di dalam perjalanan hidup kita.
Hidup kita bukanlah sahaja berjalan atau berlari dalam satu bahagian, tetapi hidup kita juga ada banyak bahagian bermula dan bahagian berhenti.
Jadi saudara, hari ini, mungkin Tuhan mahu kita fikirkan ...
mungkin ada yang harus saudara berhenti melakukan sesuatu dan
mungkin ada yang harus saudara bermula melakukan sesuatu.
#2 : Tuhan membimbing kita ke jalan yang benar
Gembala kita yang baik,
bukan sahaja memberi makanan kepada kita
Bukan sahaja memimpin kita
Bukan sahaja membetulkan kita
Tetapi, dia juga memulihkan jiwa kita dan membimbing kita ke jalan benar ...
Mungkin ada masanya kita bertanya-tanya
Apakah yang harus saya lakukan di dalam hidup kita?
Apakah kehendak Tuhan di dalam hidup saya?
Apakah panggilan Tuhan di dalam kehidupan saya?
Apa yang harus saya mula lakukan?
Dan apa yang harus saya berhenti melakukan?
Izinkan saya mengatakan bahawa Tuhan memberikan kita 2 panduan
Pertama, izinkan saya cadangkan bahawa Tuhan telah memberikan kita peta dan pelan perjalanan hidup. Iaitu Alkitab. Alkitab adalah manual kehidupan kita teman-teman sekalian.
Firman Tuhan adalah peta dan kompas kita.
Yang ke Dua : Tuhan memberikan kita seorang “guide” yang akan memimpin kita ke jalan yang benar, iaitu Roh Kudus.
Yohanes 14:26 Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu.
Adalah penting bahawa Tuhan tidak mahu kita berjalan berseorangan, mari kita berdoa dan meminta Tuhan, memimpin kita di dalam 2 bahagian ini.
Pimpinan melalui Firman Tuhan
Yang menjadi manual dan kompas kehidupan kita.
Dan pimpinan melalui Roh Kudus.
yang akan mengajar kita dan mengingatkan kita tentang firman Tuhan.
Dan menunjukkan jalan yang benar.
#3: Demi namaNya
Wow saudara, lebih daripada Dia memimpin kita, Dia melakukan ini
Kerana kebaikan Tuhan, bukan kebaikan kita.
Kerana kemuliaan Tuhan, bukan kemuliaan kita.
Kerana kuasa Tuhan, bukan kuasa kita.
Kerana karakter Tuhan, bukan karakter kita.
Ini adalah kuncinya saudara untuk kegembiraan dan transformasi kehidupan kita.
Sebab itu, Mazmur 23, mengenalkan kita sebagai Tuhan gembala kita yang baik.
Di dalam Yohanes 10:7-18, ada beberapa ayat yang menyatakan bahawa gembala akan mengorbankan nyawanya, mengorbankan nyawanya, mengorbankan nyawanya.
Inilah pergorbananNya saudara, Dia ingin membawa kita ke jalan kebenaran, yang tidak mampu kita lakukan dengan diri kita sendiri.
Apabila kita, menerima Yesus sebagai Juru Selamat,
kita diberikan jalan kebenaran ini.
Kita diberikan hati yang baru
dan dalam perjalanan hidup ke hadapan dengan proses sanctification (penyucian).
Saudara, demi namaNya .. bukan kita
Di dalam kelemahan kita, Tuhan tetap berkuasa
Di dalam ketidaksetiaan kita, Tuhan tetap setia.
Di dalam pergumulan dosa kita, Tuhan tetap mengasihi kita dan memberikan kita jalan penyelesaian.
Inilah Tuhan kita saudara .. Dialah sauh pengharapan kita.
Tuhan kita adalah lebih besar daripada kelemahan, ketidaksetiaan dan pergumulan kita.
Doa
Tuhan hari ini, kami sedar bahawa hidup kami adalah seperti perjalanan yang ada banyak bahagiannya.
Dan di dalam kami mengharungi setiap bahagian perjalanan hidup,
Engkau akan memimpin kami.
Engkau telah dan akan menunjukkan jalan kebenaran.
Lebih daripada itu, engkau melakukan ini demi nama Mu.
Engkau yang setia, yang maha pengasih, yang berkuasa.
Di dalam nama Yesus Kristus, kami berdoa, Amen.
Elder Ann WK
Comments