top of page

Ayat 4: Lembah


Hari ini, masuk kita ke dalam bahagian yang ke 4, Mazmur 23.


Mazmur 23:4 Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.


Setiap orang di dalam dunia ini akan menghadapi lembah bayangan maut di dalam hidup kita.

  • Alkitab mengatakan meskipun aku melangkah di lembah bayangan maut.

  • “Meskipun“ menganggap kita akan berhadapan dengan cabaran hidup satu hari nanti.


Saudara, samada kita sekarang di dalam lembah bayangan maut atau pun tidak, inilah bahagian firman Tuhan yang akan membantu kita.


Kadang-kadang kita akan ragu-ragu dan lupa kebaikan Tuhan di dalam kehidupan kita. (terutama sekali apabila kita mengharungi lembah)


Hari ini, izinkan saya saudara menyatakan dan mengingatkan kita semua bahawa ...


kita boleh selalu meletakkan kepercayaan kita kepada Tuhan.


  • Kerana Dia adalah Allah yang setia

  • Dia berjanji akan membawa kita menyeberangi lembah ini ke sebelah padang rumput yang hijau.


Nah, saudara, di dalam kita mengharungi lembah bayangan maut, ada 3 kebenaran yang ingin saya kongsikan ….


#1: Kita tidak keseorangan, Tuhan menyertai kita.


Daud menyatakan di dalam ayat 4, Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku


Kita tidak harus takut .. saudara .. kerana Tuhan akan bersama dengan kita. Dia adalah Allah yang setia


2 Tim 2:13 jika kita tidak setia, Dia tetap setia, Dia tidak boleh menyangkal diri-Nya.

  • Allah kita tetap setia.

  • Allah kita adalah lebih besar daripada ketidaksetiaan kita.

  • Inilah Tuhan kita yang baik, saudara...amen.


Bayang-bayang di dalam hidup kita adalah kerana cahaya yang memancar.

  • Bagaimana kita berurusan dengan bayang-bayang kita?

  • Apa yang boleh saya cadangkan ialah untuk berpaling daripada bayang-bayang kehidupan kita kepada cahaya.


Yohanes 8:12 Yesus berkata lagi kepada mereka, “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.”


Alkitab mengatakan Tuhan adalah cahaya dan di dalamNya tidak ada kegelapan.


Janji Allah bukanlah hidup kita tidak ada masalah, tetapi janji Allah ialah apabila kita mengharungi lembah, Tuhan akan menyertai kita.


Jikalau Tuhan memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita.


Jadi saudara, janganlah kita fokus kepada

  • Apa yang menakutkan kita

  • Apa yang merisaukan kita

  • Apa yang membingungkan kita


Tetapi kita berpaling daripada fokus yang menakutkan, merisaukan dan membingungkan kepada fokus kita kepada

  • Kepada gembala kita yang setia

  • Kepada Yesus Kristus yang rela mengorbankan nyawanya untuk kita.


Dan kerana itulah tidak ada yang kecil atau besar yang tidak boleh Dia selesaikan.


#2: Tuhan akan melindungi dan memimpin kita


Ayat 4b yang seterusnya .. gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. (Your rod and your staff they comfort me)

  • Jadi saudara, Tuhan bukan sahaja, akan bersama dan menyertai kita di dalam lembah kegelapan.

  • Tetapi dengan gada dan tongkat, Tuhan akan menetap hati kita.

  • Dalam bahasa Inggris, your rod and your staff they comfort me … comfort di sini memberikan keselesaan.

  • Gada = ialah sesuatu yang digunakan oleh gembala untuk memimpin domba melalui curang bukit yang sudah.

  • Tongkat = ialah sesuatu yang digunakan oleh gembala untuk melindungi domba daripada musuh .. serigala contohnya..


Jadi, Tuhan akan berjuang untuk kita dengan tongkatnya dan dengan dengan gadanya, Tuhan akan memimpin kita.


Wow, saudara, ini dilakukan di dalam kita mengharungi lembah bayangan maut.


Di dalam Yohanes 10:11-13, Yesus mengatakan bahawa dia adalah gembala yang baik yang mengorbankan nyawanya untuk kita.


Di dalam ayat yang seterusnya, dia menyatakan bahawa orang upahan bukanlah gembala yang baik kerana apabila serigala datang, dia akan cabut lari ..


Orang upahan akan berlari bertempiaran kerana dia hanya bekerja semata-mata untuk mendapat upah.

  • Tetapi, kita mempunyai gembala yang baik.

  • Kita adalah milik Tuhan


Dan gembala yang baik ini menyatakan, walaupun kita di dalam lembah bayangan maut, dia tetap bersama dengan kita.


Jadi hari ini saudara, jangan kita takut, risau dan khuatir.

Tuhan akan bersama dengan kita.


Lebih daripada dia bersama dengan kita …


Jadi saudara, hari ini Tuhan mahu mengingatkan bahawa dia adalah gembala yang baik.


Samada saudara mengharungi lembah lembah kegelapan hari ini … atau untuk masa yang akan datang, Tuhan tetap setia.


Dia akan menyertai kita

Dia akan berjuang untuk kita dengan tongkat nya

Dia akan memimpin kita dengan gada nya.


Mari kita berdoa ...


DOA

Tuhan, terima kasih atas firman Mu.

Firman Mu indah dan hidup, yang boleh kami praktikan di dalam hidup kami.


Hari ini Tuhan, di dalam kami mengharungi lembah bayangan maut, kami tahu bahawa

  • Engkau akan bersama dengan kami.

  • Engkau akan memimpin kami

  • Engkau akan berjuang untuk keselamatan kami.

Kami doakan semua Ini di dalam nama Yesus Kristus.

Elder Ann WK

Comments


bottom of page