Hari ini, masuk kita ke dalam bahagian yang ke 5, Mazmur 23.
Mazmur 23:5 Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.
Apabila kita membaca Mazmur 23:5, apakah yang terlintas di dalam fikiran saudara?
Mari kita sama-sama renungkan bahagian firman Tuhan ini
yang mempunyai 3 bahagian utama, iaitu
Tuhan menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku.
Tuhan mengurapi kepalaku;
cawanku melimpah.
#1: Tuhan menyediakan hidangan untuk kita di hadapan musuh kita.
Kita lihat di sini, saudara, Tuhan menyediakan makanan untuk kita. Ada terjemahan lain yang me menyatakan Tuhan menyediakan meja dengan banyak makanannya...jamuan besar. Ini dilakukan di hadapan musuh. Kita tidak takut dan gentar.
2 Korintus 4:8-10 Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidak hancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. Kami dianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan, tetapi tidak dimusnahkan. Ke mana-mana pun kami pergi, kami sentiasa membawa kematian Yesus dalam tubuh kami, supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami.
Walaupun kita tertekan, kita dihimpit, kita dianiaya dan dijatuhkan,
kita tidak akan ditinggalkan .
Kita tidak akan dimusnahkan.
Inilah firman Tuhan saudara
lebih daripada itu, Paulus sedia … supaya kehidupan Yesus nyata di dalam tubuh mereka. ….
Paulus sedia memberitakan Injil walaupun di dalam keadaan yang tertekan.
Inilah Tuhan kita, Tuhan akan menyediakan yang secukupnya di hadapan musuh kita dan kita tidak takut dan gentar.
Ada juga orang menafsirkan ayat ini sebagai sesuatu yang dilakukan untuk membawa damai dengan musuh kita.
Hidangan di hadapan musuh … adalah sebagai peace offering
Ini mengingatkan kita untuk menghulurkan tangan kita kepada mereka yang musuh kita.
Kita menjangkau mereka.
Kita memberitakan berita baik untuk mereka.
Mari kita masuk ke dalam point yang ke-2
#2: Tuhan mengurapi kepala kita
Saudara, Apakah maknanya apabila kita diurapi?
Ia bergantung daripada siapa yang mengurapi kita, kan saudara.
Samada kita diurapi Tuhan atau fizikal secara kemanusiaan.
Jikalau kita diurapi Tuhan, kita akan diberikan
hikmat (insights) yang “supernatural”
Kemampuan dan stamina yang “supernatural”
Otoriti dan kuasa yang “supernatural”
Perlindungan yang “supernatural”
Yang tidak kita punyai, secara kebiasaannya.
Semua ini diberikan untuk kita melakukan apa yang Tuhan ingin lakukan di dalam hidup kita.
Tuhan menyatakan di sini bahawa kita akan diurapi oleh Allah sendiri.
Dia akan mengurapi kepala kita saudara.
Inilah Tuhan kita .. Dia mahu memberikan kita kebolehan yang baru untuk kita memenuhi panggilannya di dalam hidup kita.
Marilah sama kita serahkan diri kita pada hari ini dan berdoa dengan rendah hati, menyerahkan diri kita untuk diurapi dengan Roh Kudus yang diberikan oleh Bapa kita yang di Syurga dengan kasih.
Tuhan berjanji,
Lukas 11:13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!
Oleh itu saudara, mari kita minta urapan Tuhan hari ini.
#3: Cawan kita melimpah.
Cawan adalah metafor kehidupan kita saudara.
Yang melimpah ini
bukanlah calendar kita
Bukanlah bill kredit kad kita
Bukanlah emosi yang membebankan kita
Bukanlah pembelanjaan kita
Ataupun, stress kita, tekanan kita dsb.
Tetapi yang melimpah ini adalah berkat Tuhan untuk diri kita .. amen saudara?
Kita harus mempunyai “surplus mindset” saudara. Iaitu corak pemikiran yang berkelimpahan.
Corak pemikiran yang berkelimpahan adalah untuk kita fokus kepada sumber-sumber Allah yang tidak terbatas.
Kita tidak fokus kepada roti, tetapi kita fokus kepada kilang roti.
Kita tidak fokus kepada rezeki tetapi kita fokus kepada sumber yang memberikan rezeki iaitu Allah sendiri.
Tuhan mengatakan di dalam Yohanes 10:10 bahawa Yesus datang adalah untuk memberikan kita hidup bahkan hidup yang berkelimpahan.
Persoalannya saudara. Bagaimana kita boleh hidup dengan hidup yang berkelimpahan?
Izin saya cadangkan beberapa langkah iaitu
Kita hidup dengan hubungan yang intim dengan Tuhan seperti yang tertulis di dalam Yohanes 15:5 (stay connected to Jesus)
Kita hidup dengan kesyukuran
Kita hidup dengan kepuasan hati
Kita hidup dengan murah hati, memberi kepada mereka yang memerlukan
Kita hidup dengan urapan Tuhan
Jadi saudara, hari ini Tuhan mengingatkan kita untuk merenungkan bahagian firman Tuhan ini yang menyatakan :
Tuhan menyediakan hidangan untuk kita di hadapan musuh kita.
Tuhan mengurapi kepala kita
cawan kita akan melimpah, kerana Tuhan.
Mari kita berdoa.
DOA
Tuhan, terima kasih atas firman Mu.
Hari ini Tuhan, kami bersyukur kerana
Engkau menyediakan hidangan untuk kami di hadapan musuhku. Mampukan kami menjangkau musuh-musuh kami.
Engkau mengurapi kepala kami, dan memberikan kami kemampuan baru. Kebolehan yang supernatural kerana orang yang mengurapi kami, adalah Allah sendiri.
Engkau mengakibatkan cawan kami berlimpah dengan berkat, Tukar corak pemikiran kami dengan corak pemikiran yang berkelimpahan.
Kami doakan semua Ini di dalam nama Yesus Kristus.
Elder Ann WK
Comentários