Sebaliknya, biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan perbenaran seperti sungai yang selalu mengalir. Amos 5:24
Bagaimana Ba Kelalan Revival bermula?
Sebelum ini, kita telah mendengar tentang Bario Revival kan? Sekarang saya membawa kita pergi ke Ba Kelalan pula..
Ba Kelalan juga terletak di dataran tanah tinggi di jantung Borneo. Tempat ini di huni oleh orang suku Lun Bawang dan bersempadan dengan Kalimantan Indonesia.
Pada waktu itu, suku Lun Bawang yang di Ba Kelalan memang sudah menjadi Kristian setelah di lawat oleh 3 orang mubaligh di dalam kisah "Mabuk Sebelum Fajar Menyingsing"
Namun, kehidupan rohani mereka juga seperti rutin mingguan dan tradisional. Sehingga...
Satu lawatan dari kumpulan orang dari Bario melawat satu gereja di Long Langai, Ba Kelalan yang telah meredah hutan selama 2 hari 1 malam.
Ketika kebaktian berlangsung di Ba Kelalan, orang orang di Ba Kelalan mula mengalami lawatan Roh Kudus. Sehingga orang mula berjatuhan. Mereka menangis dan bermaaf maafan antara satu dengan yang lain.
Mereka mula bertobat dari dosa dosa mereka dan ada yang mula melihat penglihatan.
Seperti seorang ibu, dia melihat roh dia dibawa ke Surga dan melihat neraka. Ada juga ibu yang waktu itu, Tuhan menunjukkan dosa dosa dia dalam penglihatan dia. Suasana pada waktu itu, semua orang sangat harmoni dan saling bertobat.
Seorang ibu menyatakan, selepas dia sedar dari penglihatan dia, dan dalam perjalanan kembali ke rumah dia, dia melihat semua ciptaan Tuhan seperti pokok pokok menjadi sangat indah.
Apa yang sangat menarik juga, selepas mengalami semua itu, kehidupan mereka mula berubah dan dari sana mereka mula menjadi orang orang yang selalu berdoa. Roh Kudus mula menyuruh mereka berdoa untuk bangsa bangsa bahkan negara yang mereka tidak pernah dengar sebelum ini seperti Nepal, Vietnam dan sebagainya.
Sungguh menarik bukan? Tidak cukup di sini, ada lagi yang lebih menarik iaitu bagaimana orang Ba Kelalan di ajak untuk mendaki Gunung Murud iaitu Gunung tertinggi di Sarawak untuk menyiapkannya menjadi satu tempat untuk semua orang pergi berdoa.
Mau dengar dengan lebih lanjut? Saksikan segmen yang seterusnya..
Comentários