“…Ya Allah, Engkau telah menguji kami, umpama perak dimurnikan dengan api.....” Mazmur 66:10
Pemazmur berkata kepada kita bahawa “...Ya Allah, Engkau telah menguji kami seperti orang menguji perak dengan api...”bagaimanakah Tuhan menguji mereka bagaikan “perak yang melalui api untuk dimurnikan?”.
Hal ini bermaksud bahawa Tuhan telah membawa mereka musak ke dalam berbagai kesusahan dan bahaya, agar ketaatan dan kesetiaan mereka diteguhkan. Ujian yang Tuhan lakukan kepada mereka adalah dengan membiarkan mereka melalui kesusahan dan bahaya
Dengan cara ini maka iman mereka akan menjadi lebih sempurna dan murni, sebab ujian yang Tuhan biarkan mereka lalui tidak sekali-kali akan memusnahkan kehidupan mereka tetapi mendatangkan kebaikan untuk kehidupan mereka secara peribadi.
Oleh itu janganlah kita menyerah atau mengeluh apabila kita melalui berbagai kesukaran, penderitaan dan kesulitan. sebab semuanya ini akan menghasilkan kebaikan untuk kehidupan kerohanian kita, sebab ianya akan menyebabkan iman kita akan dimurnikan
Dengan itu, anggaplah satu kebahagiaan apabila kita mengalami bermacam-macam cubaan, sebab sewaktu kita mengalami cubaan, dan kita masih tetap percaya kepada Kristus, hal ini membuktikan bahawa kita tabah menanggung penderitaa dan ketabahan kita ini akan menjadi kita benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun.
Oleh itu marilah kita bina kekuatan kita pada kuasa Tuhan, sebab melalui segalanya kita boleh melihat anugerah dan kasih Tuhan. Kesulitan dan kesukaran merupakan api yang dimurnikan iman kita
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan daripadaMu, agar dalam segala kesukaran dan penderitaan saya tetap kuat dan teguh. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments