top of page

Bagaimana Kita Belajar Merasa Cukup?


“Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apa pun aku telah belajar berasa cukup.”

‭‭Filipi‬ ‭4‬:‭11‬ ‭AVB‬‬


Jikalau kita serius untuk mengurangkan kesibukan kita, jangan bermula dengan jadual, tetapi bermula dengan hati. 

Paulus mengatakan di dalam Filipi 4:11, “… dalam keadaan apa pun, alu telah belajar merasa cukup”. 


Lihat bahawa Paulus mengatakan dia telah “belajar” merasa cukup. (Contentmen). Kita secara semulajadi, bukanlah manusia yang merasa cukup. Adalah keadaan kita sebagai manusia, sebagai seorang yang tidak puas hati. Kita mahu menjadi yang berbeza. Kita mahu menjadi lebih baik. Kita mahu mendapat pendapatan tang lebih dsb. Tetapi jikalau kita mahu “slow down” (perlahankan) hidup kita, kita harus belajar kepuasan hati. Dan ini hanya dapat dilakukan dengan memakan masa. 

Paulus ada mengatakan apakah itu merasa cukup. 


“Kesalihan yang disertai dengan rasa puas membawa keuntungan besar. Kita tidak membawa apa-apa ke dalam dunia ini, dan pasti sekali kita tidak dapat membawa apa-apa apabila kita meninggalkannya. Oleh itu, jika kita ada pakaian dan makanan, kita harus berasa puas. Orang yang mahu kaya tergoda dan terperangkap oleh pelbagai keinginan yang sia-sia dan berbahaya, yang menjerumuskannya ke dalam kerosakan dan kemusnahan.” (‭‭1 Timotius‬ ‭6‬:‭6‬-‭9‬ ‭AVB‬‬)


Paulus memberikan penekanan bahawa kehidupan bukanlah berpusat kepada kebendaan. “Kita tidak ada apa-apa apabila dilahirkan ke dunia, dan kita tidak akan membawa apa-apa apabila kita mati. Ya, kita memerlukan sesuatu untuk hidup, tetapi kehidupan bukanlah kerana semua itu. Oleh itu, kita harus belajar merasa puas”. 

Perspektif yang satu lagi juga penting. Kita renungkan apakah yang “BUKAN” berkenaan dengan merasa puas. (What contentment is NOT). 


Merasa puas bukanlah meninggalkan cita-cita kita. Kita haruslah mempunyai cita-cita dan tujuan hidup. Kita lakukan dengan apa yang Tuhan berikan kepada kita. Merasa puas tidak bermakna kita tidak mempunyai tujuan, matlamat, wawasan, cita-cita atau pelan untuk hidup kita. Malahan, Tuhan mahu kita untuk untuk mempunyai cita-cita di dalam Tuhan (godly ambition). 


Merasa cukup bermakna ini : “kita tidak memerlukan lebih untuk bersuka-cita; kita bersuka-cita dengan apa yang telah diberikan kepada kita”


Sukacita ialah satu pilihan. Di dalam perkataan lain, kita memilih untuk bersuka cita. Kita tidak menyalahkan sukacita kita kepada keadaan. Jikalau kita tidak bersukacita dengan keadaan kita sekarang, kita tidak akan gembira dengan keadaan kita yang lain. Kita hidup di dalam dunia yang tidak sempurna, dan oleh itu, tentu akan ada yang tidak sempurna di dalam hidup kita. 


Tuhan mahu kita bersuka-cita walaupun kita di dalam kesusahan, dengan beriman bahawa Tuhan akan memerikan apa yang kita perlu di masa yang tepat. Tuhan tidak akan terlambat. 

Belajar untuk merasa cukup adalah satu proses. Mari kita mulakan hari ini. 


Mari kita fikirkan


  • Bagaimana merasa puas akan memperlahankan kesibukan kita. 

  • Apakah maknanya untuk mempunyai cita-cita di dalam Tuhan (godly ambition). 

  • Mempraktikkan kesyukuran adalah salah satu langkah dan proses untuk kita mempelajari merasa cukup. Apakah yang boleh kita lakukan? 

Comentarios


bottom of page