“Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap."
(Lukas 21:33 AVB)
Kadang kala, adalah sukar untuk mengenali suara Tuhan. Apabila ada satu idea datang ke dalam minda kita, kita mungkin akan berfikir samada itu adalah arahan dari Tuhan atau penipuan dari Iblis, atau adalah sesuatu yang ingin kita lakukan.
Di dalam kesibukan kita berkerja di tempat pekerjaan kita, kita akan susah mendengar suara Tuhan. Adalah penting, kita belajar mendengar suara Tuhan kerana kita akan dapat melakukan tugasan di tempat pekerjaan kita dengan penuh kebijaksanaan yang datang dari Tuhan. Kita yang percaya mempunyai kelebihan Roh Kudus. Dan jikalau kita tidak bergantung kepada kuasa yang telah disediakan untuk kita, kitalah yang rugi. Kita boleh menjadi pekerja yang luar biasa kerana Roh Kudus yang ada di dalam kita adalah Roh Kudus yang luar biasa !
Adalah penting untuk kita membezakan suara dari Tuhan, kerana mendengar suara Tuhan mempunyai akibat yang berkekalan. (eternal consequences).
“Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia.” (1 Yohanes 4:1 AVB).
Ramai orang akan mengatakan bahawa Tuhan menyuruh saya buat ini dan itu, tetapi Alkitab mengatakan bahawa kita harus menguji seitap roh. Tuhan tidak akan bertentangan dengan FirmanNya. Jadi, setiap kali kita mempunyai idea atau fikiran yang baru di tempat kerja kita, kita haruslah bertanya, samada perkara tersebut selaras dengan Firman Tuhan?
Tuhan tidak akan menyatakan satu perkara dan kemudian menukar fikirannya dan menyatakan yang lain. Jikalau Tuhan menyatakan sesuatu, ia adalah benar dan akan sentiasa benar.
Tuhan kita adalah konsisten. Dia tidak akan menukar fikirannya. Dia tidak akan menyuruh kita untuk melakukan apa yang bercanggah di dalam Alkitab.
Jadi, jikalau kita bertanya-tanya samada kita mendengar suara Tuhan atau tidak, soalan yang pertama yang harus kita tanya ialah “apakah fikiran kita yang baru yang mungkin diberikan Tuhan kepada kita adalah selaras dengan apa yang tertulis di dalam Alkitab?”
Jikalau ia bercanggah, kita tahu bahawa apa yang di dalam fikiran kita adalah salah.
Yesus menyatakan di dalam Lukas 21:33 (AVB) “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap."
Firman Tuhan adalah berkekalan selama-lamanya dan tidak akan berubah. Jikalau ia benar 2000 tahun yang lalu, ia akan benar untuk kita yang sekarang.
Langkah dan latihan yang mudah yang boleh kita lakukan :
Belajar untuk mendengar suara Tuhan. Tanya dan “expect” Tuhan akan berbicara.
Kita mengenali karakter Tuhan. Lebih kita membaca Alkitab, lebih kita akan mengenali karakter Tuhan.
Kongsikan dengan rakan seiman atau Leader.
Uji - samada selaras dengan Firman Tuhan atau tidak.
Berlatih untuk membezakan suara Tuhan, iblis atau diri sendiri.
Renungkan :
Apakah yang kita percaya bahawa Tuhan sedang berbicara dengan kita untuk melakukan sesuatu?
Apakah ia bertentangan dengan Firman Tuhan?
Apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk berjalan lebih intim dengan Tuhan dan memahami arahan Tuhan?
Comments