top of page

Bagaimana Menjadikan Talenta dan Kemahiran Kita Bermakna?


“Allah telah membelimu dengan harga yang sudah dibayar sepenuhnya. Oleh itu, gunakanlah tubuhmu untuk memuliakan Allah.” (‭‭1 Korintus‬ ‭6‬:‭20‬ ‭AVB‬‬)


Apabila kita bersedia untuk digunakan Tuhan, kita bukan sahaja menggunakan masa untuk melakukan perkara yang penting. Tetapi Tuhan juga mahu kita menggunakan talenta kita untuk yang kekekalan (eternity). 


Alkitab menyarankan untuk kita menggunakan tubuh kita untuk memuliakan Allah. 


Mungkin ada yang mempunyai salah faham tentang apa yang akan kita lakukan di kekekalan satu hari nanti. Ada yang mengatakan bahawa kita tidak akan melakukan apa-apa di syurga, atau hanya memuji Tuhan sepanjang hari dan masa kita, (walaupun ini akan menjadi salah satu aktiviti utama kita juga). 


Jadi apa yang akan kita lakukan di syurga satu hari nanti ? Atau apa yang akan kita lakukan apabila kita memerintah bersama dengan Tuhan di Yerusalem baru nanti ? 


Tuhan mempunyai rancangan untuk kita melayani di syurga satu hari nanti. Kita akan melakukan sesuatu yang spesifik yang kita “enjoy” lakukan. Sekarang semasa hidup do bumi, Tuhan memberikan kita peluang untuk berlatih untuk melayani. Apakah kita akan mengambil peluang di bumi ini untuk berlatih? 


Apakah Tuhan akan menyediakan untuk kita melakukan pelayanan yang penting jikalau kita tidak praktis di bumi. 


Ramai yang salah faham. Kita tidak akan membawa wang ke syurga. Kita tidak akan membawa harta benda ke syurga. Kita tidak akan membawa apa-apa benda duniawi ke syurga. 


Apa yang akan kita bawa ke syurga ? Izinkan kami cadangkan 2 perkara : karakter kita dan kemahiran (skill) kita. Masa kita di dunia lah Tuhan mahu kita belajar untuk melayani dengan skill dan karakter kita untuk menjadi lebih seperti Kristus. 


Apakah kita menggunakan talenta kita yang Tuhan berikan kepada kita di Marketplace? Apakah kita hanya menggunakan talenta kita hanya untuk diri kit sendiri. 


Tuhan mahu kita melayani dengan baik di bumi dan seterusnya di syurga. Biarlah kerajaan Tuhan dinyatakan. Biarlah kehendak Tuhan menjadi nyata di bumi dan di syurga. 



Renungan : 

  • Apakah salah faham kita tentang syurga? 

  • Apakah cara yang kita gunakan untuk melayani Tuhan dengan talenta dan kemahiran (skill) kita. 

  • Apakah cara yang praktikal yang boleh kita mulakan untuk memupuk kemahiran kita untuk melayani? 


Comments


bottom of page