top of page

Bagaimana saya boleh memahami kehendak Tuhan untuk hidup saya?




Terdapat dua faktor penting untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam sesuatu keadaan


(1) Pastikan segala yang kamu minta dan kehendak kamu tidak bercanggah dengan ajaran Kitab Injil.

(2) Pastikan segala yang kamu minta dan hendak lakukan akan memberi kemuliaan kepada Tuhan dan membantu kamu membesar dari segi rohani.


Jika kedua-dua faktor itu betul dan Tuhan masih tidak memberi kamu segala yang kamu mahu – maka mungkin Tuhan tidak bermaksud untuk memberikan kamu segala yang kamu inginkan. Ataupun kamu perlu menunggu lebih lama lagi untuk melihat kehendak Tuhan menjadi lebih ketara. Mengetahui kehendak Tuhan kadangkala susah. Manusia hendak Tuhan memberitahu mereka segala yang perlu dibuat – bekerja di mana, tinggal di mana, kahwin dengan siapa dan sebagainya. Roma 12:2 menyatakan, “Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah – iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.”


Tuhan jarang memberi kita maklumat secara terus dan spesifik. Tuhan membenarkan kita membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu. Pilihan yang tidak dibenarkan oleh Tuhan ialah pilihan yang menentang Tuhan dan berdosa. Tuhan mahu kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendak Tuhan yang baik. Jadi, bagaimana kamu boleh mengetahui kehendak Tuhan untuk kamu? Jika kamu berjalan rapat dengan Tuhan dan benar-benar mahu mematuhi kehendak Tuhan – Tuhan akan menaruh kehendak-Nya ke dalam hati kamu.


Faktor penting adalah mempunyai keinginan untuk mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kamu sendiri yang berdosa. “Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik, tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:3-4). Jika Kitab Injil tidak membantah segala yang kamu mahu dan kehendak kamu secara ikhlas boleh memanfaatkan rohaniah kamu – maka Kitab Injil memberi kamu “kebenaran” untuk membuat pilihan dan mengikut hati kamu sendiri dalam perkara-perkara tertentu.


petikan dari www.gotquestions.org

コメント


bottom of page